advertisement

Tuesday, 29 September 2009

Paprik Ayam


Semalam teringin sgt nk buka pose ngan lontong goreng kak fida. raya aritue xpuas makan.b4 p keje tgk ada lg 2bgks nasi impit dlm peti ais.blk keje terus je beli bhn2 nk buat lontong grg.da terliur2 anak tekak nie.tp bila nk masak je terus terbantut tgk nasi impit xde.wan ckp da basi so dia buang la.sob...sob.....kempunan aku nk makan lontong grg. waktu bebuka da nk dekat da. terus terbayang keenakan paprik mak yong. mmg sedap....simple xsampai 30 min da siap.berselera mkn siap bertmbh nasi tue.TQ yong...hihihi.pasnie leh buat lg.

Bahan2:
  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2 (ina tmbh udang ckit)
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik( ina tak letak sbb xde)
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa
Cara - Cara :
  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Monday, 28 September 2009

Nasi Impit Kuah Kacang


kali nie kena ngaku laa yg tuan hamba nie xde laa reti sgt msk.nk buat kuah kcg nie pn kena tgk buku resepi.mcm2 petua org kasi nk bg kuah kcg jd sedap.tp ina lebih tertarik ngan resepi kak hanieliza.simple,mudah dan yg penting mmg sedap. mcm mak buat. kiranya pasni ina akan guna resepi nie utk buat kuah kcg.kesedapannya sampai sekrg masih terasa.xpuas makan sbb ina buat ckit je masa raya tue.

KUAH KACANG

Bahan:

1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin
5 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras


Cara:

1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan nasi impit.


Thursday, 17 September 2009

Biskut Strawbery Nestum

Firsttime buat biskut perisa strawberi.erm....sedap jugak resepi nie.ina ambil kat majalah saji2009. buat 1 adunan je.tak byk sgt dapat.jd da buat cepat2 simpan.xleh nmpk depan mata nanti licin.malas nk adun semula tpg.jd lengkap laa sudah sekut raya thn nie.tema traffic light hihihi...merah, kuning, hijau semua ada.....bagi sesaper yg nk cuba leh tgk resepi kat bawah yer.


Biskut Strawberi Nestum

Bahan A
  • 130g mentega
  • 70g gula aising
  • 1 sudu teh esen strawberi

Bahan B
  • 30g nestum - kisar
  • 1s/b serbuk santan
  • 1s/b tepung beras

Bahan C
  • 40g tpg jagung
  • 100g tpg superfine

Hiasan
  • Kuning telor dan kuaci (ina guna decoration sugar - red heart)

Cara penyediaan:
  1. Pukul bahan A sehingga sebati
  2. Masukkan bahan B dan C kacau rata
  3. Uli adunan sehingga menjadi doh yg lembut
  4. canai dan terap ngan acuan dan susun atas dulang pembakar
  5. sapukan kuning telor dan letak kuaci dan bakar sehingga masak

Wednesday, 16 September 2009

Biskut Kelapa Hanieliza

ina kategorikan sekut nie sekut org tua2.sbb dlm umah nie cm org yg da berumur je suka mkn sekut kelapa.yg muda2 semua dok cekau sekut2 kaler hitam, ada coklat....yg tue mmg gerenti licin dulu.ina mula2 malas nk buat tp wan da request awal2.sanggup dia kasi duit srh beli bhn2 semata2 nk suruh ina buat sekut kelapa.tp kita xbuat dek je sbb semua bahan2 da ada.cm tggu mood rajin je.sekut nie mmg sedap.mana tak yer resepi asal dr sifu cyber, kak hanieliza.tp ina ambil resepi dan c&p dr dapur kak azura.wangi bau kelapa, dan nestum tue.tp perasan tak acuan ina guna tue cam lambang salit pulak.....nyesal pulak guna acuan btk nie.erm....xpo laa janji sedap.msk mulut pn cair gak kan.hlg salit tue nanti huhuhu..................

Bahan
250 gm butter
2oo gm gula kastor
1 kuning telur
1 s/k esen vanilla
2 cawan kelapa kering [ cap King]
1/2 cawan nestum halus
1 1/4 cawan tepung ubi ]
1 1/4 cawan tepung gandum ] ayakkan bersama

cokalt cair untuk hiasan (ina xisi pn just hias ngan ceri merah je)

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur san esen vanilla dan kacau rata.
3. Masukkan bahan kering berselang seli dan gaulkan rata.
4. Bentukkan mengikut kesukaan sendiri.
5. Bakar dalam suhu 170'C selama 15 minit atau sampai nampak masak.
6. Sejukkan dan hiaskan dgn lorekkan coklat cair.

Tuesday, 15 September 2009

Salam Aidilfitri Buat Semua Pengunjung Blog



Salam Aidilfitri buat semua rakan2 cyber, especially pengujung blog ini.Kesempatan ini ina dan kluarga menyusun 10 jari (tangan erk...bkn kaki) memohon kemaafan sekiranya sepnjg berbual, berbicara di sini ada yg terlepas kata, terumpat keji, terkecil hati mohon ampun dipinta.Semoga kalian semua dpt berhari raya dgn gembira disamping insan tersyg.Di sini ku kirimkan sekeping kad utk semua rakan2 yg sudi mengunjungi blog ini.sudi2kan lah utk menepek kad rayer ku ini di dinding umah masing2...slmt hari raya.maaf zahir dan batin.jemputlah ke rumah yek!!!!

Kueh Talam Gula Merah


mula tgk wan kukus kueh talam nie.ina pandang sebelah mata je.tp bila da mkn ambil kau berulang - ulang mkn. wan buat tak ingat da buka puase bila.da lama da tp dok dan nk posting.mmg sedap.wan buat manis2 buah je tue ina leh mkn berulang2.xabis smbg pulak buka pose esok yer. tgk wan bancuh lebih kureng mcm kak liza puyer yg sememangnya pakar dlm buat kueh talam. Pasni klu nk buat leh rujuk resepi kak liza je. nk taye wan susah da pasai hjg thn nie ina da nk pindah ke kuantan.kira da tak duduk ngan wan da......resepi talam yg sedap nie leh tgk kat bwh yek.kot2 ada yg teringin nk mkn.

Kueh Talam Gula Merah

Lapisan Bawah:


1 cawan gula merah ) masak dan sejukkan
1/2 cawan gula pasir )
5 cawan air biasa )
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Gaulkan adunan dan tapiskan.
3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4. Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.


Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara
1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja..
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau pelastik dan hidangkan.


Semperit koko Badam

ca,era da nk rosak. camne yek nk update blog pas nie.tak percaya tgk gmbr tue.segannya laa nk tayang kat org.xde ruper semperit da tue gmbr pn xbaper clear.ni guna camera lama dah kong pn.tue pn guna flash br nmpk sekut tu.terima je laa seadanya yer.biskut nie sedap sgt. tp syg ina guna marjerin jd kureng laa ckit rasa dia dan agak masim.next klu nk buat kn tukaq butter br sedap.resepi ina ambil kat majalah saji 2008. da 1 minggu terperap sekut nie br nk posting.yg nk tau rasa sekut nie leh laa buat ikut resepi kat bawah.

Bahan:
Utk biskut
  • 260g mentega
  • 100g tpg red ros
  • 100g tpg beras
  • 100g tpg ubi
  • 100g gula aising
  • 50g serbuk badam
  • 2 s/b serbuk koko
Hiasan
  • coklat masakan
  • badam cincang

Cara menyediakan:
  1. Satukan semua bahan kecuali mentega
  2. kemudian barulah masukkan mentega dan uli lembut
  3. masukkan adunan ke dalam acuan semperit. atur biskut di atas dulang pembakar dan bakar pd suhu 180'c selama 15 min.sejukkan
  4. Paipkan coklat masakan di atas biskut dan tabur kacang badam


jom kutip kad rayer lagi.....

kad raya eiyna tunggu friday nie kot plg awal.semakin Ramadhan menuju ke penghujungnya, Syawal kian menjelma semakin meriah laa dunia blogger nie ngan aksi2 merebut dan mengutip kad rayer. ina pn hantu kad gak.suker tgk kad kwn2 yg kreatif dan cute2.paper pn mekacih laa byk2 atas kesudian kwn2 menghulurkan kad raya tanda ingatan.semoga jalinan ukhwah kita akan berkekalan.slmt hari raya, maaf zahir dan batin dr eiyna sekeluarga.jom kita tgk kad saper pulak yg bertuah kali utk digantung di tiang umah aku hihihi.....


wah wah...kecik2 lg da glamour. kad nie dr mami Ijan dan Faiz dr Finland.Adoi jauh yer aku merantau tok ambil sekeping kad.

kad rayer dr Kak Ina KL

nie laa kad rayer yg plg mencabar nk dpt. sbb ina puyer PC xleh nmpk kad nie.terpaksa laa dok ambil kat umah org lain pastu tepek kat sini. huhu..dr Japan ke Singapura br leh sampai ke phg nie....mahal tol kad raya kak hana nie.


ini kad penang mari......Julie aku ambil ko puyer kad hihihihi....

Kad rayer dr Kak AnaWahid

Kad raye dr perantauan yg tgh dok pening pk juadah pg rayer hihihi.kak azie, doha.....

kad rayer dr kak Ummi, kuantan yg rajin memasak tue.


Biskut Cornflakes

Satu lagi koleksi sekut raya.simple, mudah dan sedap.ina ambil kat cari forum...da ramai cuba.semua ckp sedap, rangup.tp ina puyer silap teknik ina blander conflakes sampai hancus.klu ramas2 je cornflakes tue mgkn lg sedap n rangup kruk kruk conflakes tue.xper2 leh perbaiki lg. xbuat lgsg tak reti smpi bila2.dgr je laa kakak ckp sedap kita pn kata sedap padahal xpernah buat n mkn pn kikiki.....buat 1 adunan je xbyk dpt dlm 70 bj je. next year nk buat lg kot. resepi nie dr kak sue.

Biskut Cornflakes [sue]

180gm tpg gandum
150gm butter
80gm icing sugar
50gm tpg jagung
1kuning telur
80 gm cornflakes (hancurkan) - gunakan brand nestle.nipis & ranggup sikit.tak pun beli kat BWY..murah
1/2 sudu teh baking powder

Pukul butter & gula sampai berkrim. Masukkan kuning telur. Pukul lagi then masukkan cornflakes & tpg
jagung. Uli adunan sambil masukkan tpg gandum sedikit2. Kalau lembik biarkan sebentar.Bulat2kan sebesar guli..nak gaul dgn cornflakes pun bole. bakar hingga masak

try la..best sebab dia rangup....

Monday, 14 September 2009

Chop Chips Cookies

Bila tiba musim perayaan sekut chop chips mmg femes.gi mana2 umah kakak semua tayang sekut chop chips. memandangkan resepi chop chips yg slalu buat tue da hilang.tak tau kot cik kus da mamam..pasai kita letak merata je.nk guna mula la tercari2. nk tak nk kena p search gak kat tenet.mcm2 jenis chop chips leh jumpa.tp masa singgah kak shima cardiff tertarik ngan chop chips cookies yg kak shima buat.maklumlaa tuan rumah mmg jenis kreatif.semua makanan yg dihidangkan semua nmpk sedap.kelainan resepi nie sbb ada buble rice.bila di makan bunyi kruk...kruk...rangup tak terkata.xde telor.mmg sedap.masa buat nie ina cuti so dpt laa merasa time tgh panas lagi.mmg sedap, rangup...ms mkn terpaksa tgk kiri kanan pasai bunyi kruk2....ragup sekut nie.nanti kantoi pulak xpose.thanks kak shima.kita suka resepi nie.da byk sgt.

CHOC CHIP COOKIES
resepi: shima (cookies trademark i turun-temurun)
(cookies version ni pulak rangup di luar & di dlm..ringan sbb 1/2 adunan tepung & 1/2 lg krispies)

350gm butter
1 cwn gula
2 s/b serbuk koko
2 1/2 cwn bubble rice/rice krispies
1 1/2 cwn choc chip
1 cwn mixed nuts - dibakar dulu hingga keperangan
1 cwn tepung jagung
2 1/4 cwn tepung naik sendiri

CARA:
1. panaskan oven 180 celcius...sementara tu pukul butter & gula hingga kembang
2. masukkan serbuk koko...kacau sebati.
3. bubuh bubble rice, choc chip & nuts..kacau sebati lg
4. masukkan tepung sikit2...uli ngan tgn...
5. jemput2kan & susun atas dulang pembakar...bakar dlm oven selama 20-25min..


NOTE: i wat 1/2 adunan jekk setiap satu...dpt agak byk...x kira laa pulok bape bijik sambil bako sambil mkn.. resepi sama jek ngan Triple Choc Chip kalau dilorekkan choc masakan atas cookies jdlah 'triple choc'

Biskut Pandan Kelapa

Akhirnya dpt jg ku posting sekut rayer lagi.dgn muka sardin yer aku dok ngendeng kat member sepjbt pnjm camera dia jap semata2 nk ambil pic sekut rayer aku.kekeke....malu gak tp nk buat mcm mane camera yg aku slalu guna da kong.males tol yg p tukaq sbb masih lg under warranty.mmg puas hati clear giler gmbr cm xleh posing beria sgt byk keje n bateri pn da weak.mula2 tgk sekut nie ms p jln2 merantau ke cardiff.tgk kak shima buat tayang sekut nie da mula rasa gatal tangan nk buat.mmg sedap.ms bakar pn da wangi 1 umah bau perisa pandan.nk buat pn tak susah. rasa dia pn sedap kena ngan piawaian tekak aku.resepi ada kat bwh yek.

BISKUT PANDAN KELAPA

175 gms butter
75 gms minyak sapi
120gms gula halus
1 biji kuning telur
75gms tepung jagung
250 gms tepung naik sendiri
1 ½ s/k pandan paste
1 s/k esen coconut pandan
Sedikit pewarna hijau (optional)
Hiasan : telur putih, kelapa parut & badam/kuaci – dibakar dulu (ina xde kuaci just tabur serbuk kelapa je)

CARA:

1.Pukul butter, minyak sapi & gula hingga sebati ( x perlu lama2 sampai kembang, cukup sekadar sebati)
2.Buh kuning telur, kacau rata.
3.Masukkan esen panda coconut & pandan paste & pewarna hijau (kalau nak kaler lebih cantik)
4.Masukkan tepung jagung & naik sendiri, uli sampai jd doh..kalau rasa lembut sgt, tambah skit tepung jagung.
5.Panaskan oven 170C (fan oven 150C ), terap adunan dgn bentuk yg disukai, sapukan putih telur atasnya, tabur kelapa parut & hias dgn badam or kuaci. Buat sampai habis ..bakar dlm oven dlm 25min sampai keperangan ...sejukkan dulu br simpan dlm balang.

NOTE:
  • 1 adunan ni mmg x dpt byk sgt biskut bergantung pada saiz acuan...anggaran dlm 85 bijik jek.
  • disyorkan guna butter supaya biskut lebih wangi n sedap drp mentega.
  • seeloknya gunakan tepung naik sendiri berbanding tepung gandum utk dptkan texture biskut yg lebih rapuh, ringan & gebu (pengalaman mak yung yg dah godek biskut bertahun2...mmg kureng skit guna tepung gandum)

Sekut raya 2009

sejak akhir2 nie byk betul problem. ikutkan mmg xnk buat da sekut rayer tp sbb brg2 semua da beli nk ke tak nk kena buat juga. thn nie mmg xmeriah lgsg.kat umah pn xde saper hanya parents and kami 3 beradik.menu pagi raye pn xplanning paper.my mum pn xbuat juadah wajib pg rayer "ketupat daun palas".kami sebenarnya tgh bersedih.ada sesuatu diluar dugaan kami telah berlaku.sesuanya menyakitkan hati.terutama mak, ayah.semua persiapan rayer da terbantut.tp dlm pd tue sempat gak siapkan beberapa jenis sekut rayer buat santapan kwn yg sudi berkunjung ke rumah kami.Antara sekut2 yg da siap spt di bwh:

  1. Biskut Sarang Semut
  2. Semperit Koko Badam dr Majalah saji 2008
  3. Biskut kelapa Hanieliza
  4. Cornflakes shortbread dari Kak Rinchan
  5. Biskut Pandan Kepala dr Shima fp
  6. Chop Chips Biscuit dr ShimFp
  7. Biskut Corflakes dr Sue
  8. Biskut Strawberi Nestum dr Majalah saji 2009
  9. Biskut Almond landon - adk tempah je
  10. kerepek2 just tunjuk2 je hihihihi
eceli byk gak planning nk buat itu ini.tp ye la kita just merancang tp Allah jua yg tentukan.disbbkan tgh problem menimbun terpaksa cancel beberapa list sekut raya.bahan da ada tp mood yg xde.postpoe thn depan je la nmpk yer.tart nenas (kegemaran seseorg yg plg rapat ngan i), makmur, bunga cina, biskut hazenut, mazola. rasa cam nk sorang member buat brg da ada. klu tak membazir.manatau ada yg da expired pulak.

Thursday, 10 September 2009

Kad Raya from teman cyber

tup2 xsangka kureng 1minggu je lagi Syawal kan menjemal, Ramadhan sekali lg akan meninggalkan kita.dan skrg la musim semua blogger2 cbuk nk kutip kad raya dr kwn2.ina pn sama gak.sonok sgt bila ada org kasi kita kad.Dikesempatan ini, ina pn nk susun sepuluh jari mohon ampun kpd kakak2, adk2 yg mai umah nie...mana tau ada tersalah kata, terkasar bahasa.ampun yek!!!!!slmt hari raya maaf zahir dan batin.kita puyer kad erm.....ntah laa biler nk siap.buat teman2 rapat, kak ira, ainee,julie dan ani....maaf yek jika sepnjg kita berkwn ada yg terasa hati maklum laa i nie klu berckp ssh nk behenti. jgn lupa stanby duit kat i byk2 nanti kita mai umah hik3........


Kad dr Igloomama yg kini dok kat arab saudi.mesti seronok beraya kat sana.

kad dr kad hasue

kad raya dr kak nor ganu. thanks kak.

kad dr kak CT Zura

yes....dpt lg kad rayer. nie kad raye from kak intan.

[kad-raya-cikmin2.jpg]
Kad yg teramatlah kreatif nie dtgyer dr Cik Min.Thanks kak.slmt hari raye.cantik erk...kad nie 09.09.09 hihihi....

[kad+raya-fizanordin.jpg]

kad nie dr Kak Fiza Nordin yg rajin memasak ue.thanks kak....suka tgk pemandangan tepi pantai.cantek yer!!!!!slmt hari rayer maaf zahir batin


Kad nie from kak madiha.

Kad rayer dr adik Jiya.Baru tau Ghuper yer jiya nie from Sabak bak hihihi...

Kad raya dr Kak Zai dr Teratak Impian

nie pulak kad raya dr mak lang tokei sekut raya kih kih...

kad raya dr kak nur


Telor Bungkus



slmt pagi semua....jom jamu mata ngan menu kali nie "telor bungkus".resepi yg sedap sgt nie di ambil dr blog Mak Lang yg terror kukis mengukis. resepi asal dr kak diana. ina mmg suka mkn telor bungkus. slalu klu gi kedai mkn oder tom yam, telor bungkus pn mesti selit skali.buat manis2 pedas2 lagi sedap.ermm........hingga menjilat jari.cm tang nk bungkus inti ngan telor je agak tension.sib baik xpecah telor tue sbb ina pakai kuali biasa pastu melekat - lekat pulak telor tue kat pan.sib baik xkoyak telor tue.aper2 pn resepi nie mmg sedap.ina guna ayam.stok dgg kat umah udah pinis.aper2 pn layan je laaa yek resepi yg sedap nie...
Telur Bungkus
sumber : diana

Bahan-bahannya
5 biji telur
200 gm daging lembu - direbus & dicincang
200 gm sayur campur (jagung, lobak merah dan kacang pis)
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 cm halia - dicincang
1 sudu besar rempah ikan/nampla sauce/oyster sauce
2 sudu besar sos tomato
Sedikit garam & gula
*Kalau suka pedas, guna cili padi, cincang halus.
Cara-caranya

Tumis bawang putih, dan halia hingga wangi kemudian masukkan bawang besar.
Biarkan bawang besar layu dan masukkan rempah kari serta daging cincang.
Kemudian tambahkan sos tomato, garam dan perasa.
Akhir sekali masukkan sayuran campur (and cili padi, kalau gunakan).
Biarkan sebentar hingga semuanya masak dan bolehlah diangkat.
Pukul telur hingga kembang. Panaskan kuali dan goreng seperti membuat telur dadar.
Apabila telur setengah masak, letakkan intinya di tengah-tengah dan lipatkan telur supaya intinya tidak terkeluar.




Wednesday, 9 September 2009

Biskut Sarang Semut


nie antara sekut rayer wajib tiap2 thn.semua kaum kerabat sy suka sekut nie.wangi bau tpg kastad, lembut.....tp manis ckit.ina ambil resepi dr my auntie.dia mmg terrer bab2 wat sekut raya.tp skrg auntie sy nie da pencen da buat sekut raya nie sbb cbuk ngan ngan business dan anak2 dia pn xbrape nk sentuh sekut raya.kira sekut raya dia xlaku laa bkn sbb xsedap tp biasa la segah mana sekut nie kuih masim gak yg licin dulu.tp klu Biskut Sarang Semut buat la byk mana mesti licin. kdg2 wan terpaksa sorok sbb takut dok dan dia nk mkn. hik3....nk buat sekut nie pn mudah je. boleh jg guna resepi dr kak hanieliza (ada cr camne nk gunakan penyangat sarang semut)

Bahan

1c marjerin
1c tpg kastad
1 1/2 c tpg gandum
1bj kuning telor
3/4c gula halus
paper cup

hiasan:
chocolate rice


Cara :
  1. Pukul butter dan gula sehingga sebati (xperlu sampai kembang sgt)
  2. Masukkan kening telur da gaul rata.
  3. masukkan tepung dan gaul rata.
  4. parutkan adunan ke dalam mangkuk satu bekas dan sudukan ke dlm paper cup.
  5. tabur chocolate rice sehingga hiasan dan bakar dlm 180'c sampai masak.(15 min)
  6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Kuih Sagu


Sekali lagi resepi kak rinchan jd pilihan.da lama sebenaryer nak mkn kueh sagu nie.tgk dapur Ijan ada, kat dapur Jiya ada...da buat lama da.masa blk kg aritue.xde masa je nk posting.nk beli leceh.malas nk drive p bazar.kat umah ada stok sagu. aper lagi kita jalan projek.pestime buat agak kekok.tak tau nk masak braper lama last2 terlembik pulak sbb terlebih air.ina buat xbrape malas sbb my mum ada kencing manis.jd mmg saje kurangkan gula.kita suka kuih nie sbb ada rasa lemak2, masim, dan manis.tp pengalaman pertama kali buat kuih sagu nie mmg tension.susah betul nk memotong yer.saper2 yg ada petua leh tlg ajarkan yek....buat kak rin thaks 4 dis resepi.mmg sedap.slalu kuih manis mmg xlaku umah ni tp kali nie licin....hik3

KUIH SAGU
Bahan-bahan :
1 cawan biji sagu, disiram air dan toskan
4 - 5 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan Cordial Rose Syrup F&N (Brand lain pun ok )
Kelapa muda parut secukupnya

Cara-cara:
1. Masak air bersama sirap rose dan gula hingga larut.
2. Masukkan biji sagu dan kacau sehingga biji sagu kembang.
3. Tuangdalam loyang dan sejukkan sebelum dipotong.
4. Hidangkan dengan kelapa muda parut.

Sambal Udang Malbari


Jauh merantau menu kali nie.dr umah kak ummi ke umah kak anawahid.pastu ke umah sy pastu umah saper laa pulak....mmg fening2 kepala la saper yg mkn.Nama ckit puyer gah, sambal udang malbari gitu.first tumis wangi semerbak satu rumah tp da msk bhn rempah tue dia....dlm hati terdetik cam pernah mkn je sambal udang.bau je mcm da familiar.kat mana yek pernah mkn....puas pk ghuper2yer sambal udang ala rempah tue mmg menu wajib kat kedai mamak dpn seberang pjbt sy.patut laa bau dia cam kita pernah mkn.ina suka .... klu p kedai mamak tue mmg slalu ambil lauk nie.tp mamak tue tukaq udang ngan sotong.not bad gak rasa dier.pas ni kurang sorang pelanggan kedai mamak tue sbb kita da tau rahsia/resepi masakan dia.xyah tapau lg.msk sendr lg sedap, kualiti, bersih.thanks kak ummi, kak ana wahid..bg peminat makanan mamak leh la try.mmg sedap.sy buat ckit je.sorang je makan.sepering jadi laa utk buka pose semalam.

Bahan:-

1 kg udang - dibuang kulit dan dibelah belakang dan bersihkan
3 sudu teh rempah kari ikan
2 sudu teh biji sawi
2 biji bawang besar - dadu
2 senduk besar cili giling
1 sudu makan tomato puree - saya letak sos tomato
2 biji tomato - belah 4
daun kari
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Cara Memasak:-

1. Gaul udang dengan garam dan sedikit serbuk kunyit. Goreng udang sekejap dan angkat. Ketepikan.
2. Panaskan minyak lain, tumis bawang besar bersama serbuk kari, biji sawi dan daun kari.
3. Masukkan cili giling dan tumis hingga garing. Masukkan tomato puree, garam dan gula.
4. Masak hingga naik minyak dan masukkan udang tadi. Gaul rata dan biarkan pekat sikit.
5. Akhir sekali masukkan tomato, tutup api.


Tuesday, 8 September 2009

Kad raya dr Kak Lyana

[KADRAYA+THN+NIE.jpg]

Kad spesel nie datang yer dr cik puan Lyana.Thanks kak...teringat dulu masa kecik2 asal nk raya jer cbuk tenggek kat kedai pak cik2 pilih kad rayer.kdg2 smpai berjam2 lamayer.tp skrg zaman cyber.smua pki email, tenet je...kad kat kedai pn da xbyk pilihan. kwn2 semua da start buat sekut raya, kad rayer...kita puyer kad tak tau laa bila nk buat.xper2 masih ada 2 weeks lg. bila tgk kat raya kak lyana semangat nk beraya tue berkobar2. sy pn nk minta maaf byk2 andai sepnjg perkenalan nie ada perkasar bahasa, terlanjur kata.ampum...yek kak.slmt hari rayer.maaf zahir batin.ina puyer kad tunggu erk..........

Cornflake Shortbread




slalu tgk kat blog mak lang ada je tayang sekut shortbread.teringin gak nk rasa. byk biskut yg da siap cm yg nie dan sekut tue je yg betul2 success...klu ikutkan cuti2 nie yg rehat, buat taik mata je tp tgk my best frenz julie tue da buat kuih raya.dlm hati da terdetik tak aci nie.mmg dr thn lepas lg mmg da msk list sekut nie.first time buat terus jd.sbb tue blm pose lg da beli loyang cutter.bab plg leceh masa nk pasang cutter.tension betul.buang masa yek gak.maklum la kita nie masih lg amatur.xreti paper.just try utk suka2 je. lg pn kita xpandai nk potong2 ikut manual (guna pisau).resepi cornflake shortbread nie sy kat umah Kak Rinchan yg terrer memasak tue. betul kata kak rin guna cornflakes sekut nie jd lebih rangup.

CORNFLAKE SHORTBREAD

Bahan-bahan :
250gm butter
70gm gula caster
250gm tepung gandum
3 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung jagung
50gm cornflake, dikisar halus
30gm badam kisar
200gm coklat masakan
1 sudu besar shortening
100gm coklat putih

Cara-cara:

1. Lengser loyang segiempat 10in x 10in dgn sedikit butter.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
3. Ayak semua tepung dan gaulkan dengan serbuk badam dan cornflake kisar.
4. Campurkan sedikit demi sedikit tepung ke dalam bancuhan butter dan uli hingga
menjadi doh, tidak melekat di tangan. Kalau melekat tambah sedikit tepung.
5. Tekan dalam loyang. Kalau ada loyang cutter, boleh digunakan.
6. Bakar pada suhu 160 darj celc selama 40min. Sejukkan seketika.
7. Cairkan coklat masakan + shortening secara double-boiler dan tuangkan ke atas
shortbread. Lorekkan dengan coklat putih cair. Biarkan sehingga keras dan bolehlah
dipotong. Kalau guna cutter, tekanlah semula cutter tu atas shortbread selepas menuang
coklat cair dan dilorek. Jgn tunggu sampai keras, nanti patah pulak cutter tuu....

Biskut Arab/Bebola Kristal

3 hari dok melepak kat rumah semperna cuti Nuzul Quran nie la kerja yer.da start projek sekut raye la pulok hehehe. sebelum mulakn projek sempat gak godek dapur kak hanieliza. tgk2 ada sekut arab.huhu pas nie nk mkn biskut arab xyah susah2 tempah ticket ke Arab Saudi. kat Mesia nie pn belambak. sebenaryer suka tgk ghuper sekut nie.clourfull, nk buat pn senang, berkelip2 cam kristal bila da golek ngan gula castor.sbb tue kot ada gak org pggil dia sekut bebola kristal. sy kurang kan kndgan gula sbb xsuka manis. leh gak klik kat sini utk dpt kan resepi.thanks kak liza n syami 4 sharing this resepi


Bahan

250 gm tepung gandum
125 gm gula halus -* (ina guna 80g je)
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau

Caranya:

1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
3. Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
4. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180'C selama 20-25 minit.
5. Bila dah sejuk taburkan gula halus.
6. Simpan dalam balang kedap udara.


Thursday, 3 September 2009

Popia Sardin


nie satu lg menu yg belum sempat nk di posting kat sini.buat blk kg aritue.klu buat popia sardin hari2 pn xpe. 1 family suka, xjemu makan.Buat byk2 pastu frozen.tp klu nk frozen xleh guna taugeh takut cepat basi.nama je sardin tp ina lebihkan sayur just pakai sardin tin kecik je.buat 50 bj.tue pn tak cukup.adk suruh buat lg tp kita malas nk layan.penat woo klu dia rajin nk mengulung xper gak.nie tak tolong tengok je...shih!!!!!erm....layan je laa yek menu nie.maaf gmbr dok lawo...gelap.nie semua camera tue laa puyer pasal.dok dan nk posing cantik2 terus hen.xkisah laa nmpk xlawo tp yg rasayer mmg marbelous...sedap sgt.umah nie klu buat kuih masin semua jalan..........

Bahan:

1 tin sardin markeral kecil
2 btg lobak (hiris halus memanjang)
1 mgkuk taugeh
1 labu bwg besar (potong dadu)
3 tngki daun sop (hiris halus)
3 s/b cili kisar
2 ulas bwg putih (tumbuk lumat)
3 ulas bwg merah (tumbuk lumat)
1 paket kulit popia segera (50pcs)
3s/b tpg gandum
sedikit air
garam, gula/aji
Asam gelugor


Cara:
  1. panaskan minyak.tumis bwg yg ditumbuk/kisar td sehingga naik bau.masukkan cili kisar, 1 keping asam gelugor.biarkan cili kering tue masak @ pecah minyak
  2. masukkan sardin.hancurkan sardin tue dgn sudip.masak sehingga agak kering buang asam keping, pastu masukkan lobak, garam, gula/aji ,bwg besar yg didadu serta daun sop.
  3. Tutup api. masukkan taugeh.kacau rata.
  4. campurkan tpg dgn sedikit utk dijdkan gam.leh gak guna putih telor.
  5. ambil sekeping kulit popia, isi inti sardin dan sayuran td dan gulungkan.gunakan bancuhan tpg td utk dijdkan gam.buat sehingga abis

Agar - agar pandan


nie satu dessert yg mmg best.semua org reti buat, simple, mudah dan sedap. rasa lemak2 manis dan bau wangi daun pandan semerbak satu rumah.da laa xbersahur mkn kruk2 perut menahan.xsabar nk makan. kejap2 tgk jam.nk kata bdk lg da tua bangka.ina 1 family mmg suka mkn agar2 pandan nie.teruma my mum.tp masa ambil pic da bebuka pn.tue tgk masing dok cekau satu satu kita aper lg cepat2 ambil camera.xisi pewarna pn.100% asli daun pandan.tue warna dia agak pudar.camera pn satu hal.da nk rosak kot, kena on off br laa leh nk gmbr tue.huhu...sabo je laa.

Bahan:
  • 25 gram agar2 (1 pkt)
  • 1 mug gula pasir (secukup rasa/kurangkan klu xnk manis)
  • 10 helai daun pandan
  • 1 biji telur ayam
  • 3 cawan santan pekat
  • Sedikit pewarna hijau + perisa pandan
Cara:
  1. Basuh agar2 dan masukkan kedlm periuk yg diletak 6 cwn mug air. (saya guna agar2 biasa bukan yg serbuk..)
  2. tunggu sehingga agar2 tadi hancur baru masukkan gula pasir, & daun pandan. (manis ikut citerasa msg2)
  3. Masukkan santan & campurkan telur dan pukul hingga sebati.(klu nak lemak lagi leh tambah santan)
  4. Apabila agar2 yg dlm periuk tadi betul2 dah hancur, baru masukkan campuran santan dan telur tadi.
  5. Biarkan smua bahan menggelegak, kacau dan tutup api.
  6. Masukkan adunan tadi ke dlm bekas / loyang...
  7. Masukkan dlm petisejuk & biarkan sejuk,sedap di makan apabila sejuk.

Ayam percik berempah lagi

Ayoyo....pic atas nie sebijik cam piring terbang la pulok!!!


nie masa tgh bakar ayam.ina cabut awal2 sbb panas

maaf yer kwn2.xde masa betul nk ngadap PC. Busy sesgt.now br dpt tayang menu buka pose weekend aritue.nie kira kategori lauk da basi.tp kita nk tayang gak.nk sharing ngan semua blooger yg sudi tandang ke rumah aku nie.kot mana tau leh bg idea kat sesape yg tau nk msk aper utk bebuka.mmg buntu gak kepala klu hari2 dok dapur.klu nk tgk lauk yg canggih2...u all kena p umah org lain laa nmpk gaya yer.kita cm reti msk mskan kg je.kita pn mmg org kg.erm...ntah dr hulu laa kot. masih tak puas mkn ayam percik aritue.ms blk kg my mum request nk mkn ayam percik.ina guna resepi yg sama gak cam aritue.leh klik kat sini.mmg sedap.aritue bakar pakai oven tp kat umah mak kita bakar cr manual..guna dapur arang.abis berasap satu dapur.bab2 bakar nie serahkan kat adik.kita xmau sbb takut busuk bau asap api.ina mmg suggest saper2 nk buat ayam percik guna laa resepi mmg takrugi. ne kita ambil kat majalah saji 2009.erm....cepat2 p beli.byk resepi kuih raya kat situ.

Tuesday, 1 September 2009

sambal tumis udang dan petai


salam buat kwn2 yg setia mengunjungi dapurku nie.br beberapa hari tinggalkan umahku nie, da penuh dgn sesawang. last dan dis week mmg busy.tak dapat nk ngadap tenet selalu.nie pn curi2 masa. Jumaat lepas ada urusan pjbt kat kuantan.abis keje terus blk umah parent kat pekan.kebetulan ada cuti 3 hari.klu da blk sana mmg xleh nk buka blog, atau jln ke umah kwn2 lg.hik3....kat umah xde tenet la. Esok kena trn ke kuantan lg.aduh.....busy betol laa.dekat2 raya lg busy.nie je laa lauk yg sempat disnap utk tayangan kwn2.laa nie mmg xde mood nk mengupdate sbb camera da buat hal.nk kena anta service pulak.lgsg xleh nk on, gmbr pn gelap je, xnmpk paper.ms ambil gmbr nie kira ok lg. byk gak menu yg dimsk tp xleh nk upload sbb mslh nie laa.xseronok xde gmbr kan2.sambal tumis udang nie kegemaran adk yg bongsu.dia sendr yg request.ina lebihkan petai dr udang.sambal dia pn buat xla pekat sgt.mmg sedap....xdan nk bersahur.lg pn stok petai kat umah byk.erm...xpayah laa resepi2 yer.rasayer smuanya hebat2 dan terrer belaka.ina pn main campak2 je.tp mmg sedap wooo.....xpuas mkn.sbb kat umah ada org giler petai so saper yg mkn lmbt, dpt ckit je laa.

selain dr sambal udang petai td.tak lengkap hidangan klu xde sayur.ina just msk sayur kangkung je, popia sardin, kuih sagu dan ayam percik berempah.semuanya licin.seronok makan ramai2, semua berselera.makan xtoleh kiri kanan.




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin