upin


widget

Monday, 5 October 2009

Rendang Ayam

Nie menu kira da basi muahahha....xkisah laa yek.tak tau mengupdate apa. da 2 weeks berlalu br ada masa nk posting.Rendang ayam nie bg ina mmg tak terkata keenakannya. first day raya pn da pinis sampai my mum ckp b4 ina hari t'loh dia srh buat lg.xpuas mkn.mana xabis cepat, bdk2 nie meratah dr malam raya lg.time tue rendang masih dok dlm kuali lg.sabo je laa.tp puas hati tgk adk2 makan sbb adk2 ina mmg cerewet bab2 mkn.mak pong.mak b4 dis xprnh sentuh ayam, kiranya resepi kali kena ngan selera dia.siap request kali 2.xpuas makan.biarla klu tgk dlm pic xlawo (paham2 je la) tp dr segi rasa mmg marbelous. slalu raya kat umah my mum just buat rendang daging tp thn nie ina buat 2, rendang dgg kerbau dan ayam.xnk kasi mak mkn dgg. sbb tue beberapa hari nk raya cbuk cr resepi rendang ayam. asalnya ms geledah dapor kak hana terpndg rendang dgg.nmpk sedap sgt.tp ina tukaq ngan ayam.xrugi ku geledah umah org.resepi asal dr kak fiza yg sekrg dok kat Dublin.thanks utk kakak2 semua.

Bahan-bahan ( utk 20org makan )
  • 800g - 1kg daging lembu( ina tuko ngan ayam)
  • 200g kerisik
  • 1 liter santan pekat
  • daun kunyit di rincik halus
  • garam secukup rasa
  • * Bahan-bahan kisar *
  • 2 labu bawang besar
  • 8 ulas bawang kecik
  • 5 ulas bawang putih
  • 50g halia
  • 30g kunyit hidup
  • 30g lengkuas
  • 6 btg serai
  • 30g cili kering
  • 1 st rempah kari
  • 1st jintan putih
  • 1st jintan manis
  • 30g gula merah ( boleh lebihkan jika nak manis)
Cara - cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan daging dan gaul rata. Kemudian masukkan santan. Masak dengan api sederhana hingga santan hampir kering.
  3. Masukkan sekeping asam keping dan garam. Bila dan hampir masak masukkan kerisik dan daun kunyit. Kacau rata dan masak hingga kuahnya betul2 kering.

Lontong Goreng

Salam semua.ina hari2 online tp xdek ms nk update blog nie.nk p jln umah kwn pn da xsempat.la nie tgh busy.Maybe next month nk pindah pjbt kat kuantan.tue la skrg tgh cbuk cr umah sewa, n packing2 brg, file2 pjbt.beblk kpd menu di atas, first time buat lontong goreng nk rasa sgt2.eceli da 2kali ina buat.mmg sedap.thanks kak fida.da jd favourite pulak skrg.pantang ada nasi impit lebih, mesti buat lontong goreng.tp gmbr kat atas tue buat masa raya ke3.agak blur guna hp camera.nasib laa......kak fida ina just C&P,je.malas nk taip.


Bahan - Bahan (2org):
  • sepinggan lontong,ketupat atau nasi himpit yg telah didadu kasar2
  • 1 senduk cili kisar(lebihkan jika suka pedas)
  • 1 biji bawang besar kisar
  • 3 ulas bawang putih kisar
  • 1 hiris halia kisar
  • 200 g daging/ayam cincang
  • 200 g udang hidup - kupas kulit
  • 3 sb sos tiram
  • 2 sb sos tomato
  • 2 sb kicap manis
  • daun sop,daun bawang - hiris
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 2-4 biji telur
  • minyak masak utk menumis
  • garam dan gula secukup rasa
Cara - cara:
  1. Satukan semua bahan yg dikisar.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan daging /ayam cincang dan udang dan gaul rata dan masukkan sos tiram,sos tomato dan kicap.Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan gaul lagi.
  2. Masukkan lontong dan gaul hingga sebati dan 1/2 bahagian daun sop,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng,gaul lagi.
  3. Pecahkan telur ke atas lontong goreng dan gaul sebati dan masak hingga lontong bersalut dgn telur hingga kering,kacau sentiasa.
  4. Ketika menghidang,tabur lagi dgn daun sop,daun bawang dan bawang goreng.Sedap dimakan ketika panas atau ketika telah sejuk.

Tuesday, 29 September 2009

Paprik Ayam


Semalam teringin sgt nk buka pose ngan lontong goreng kak fida. raya aritue xpuas makan.b4 p keje tgk ada lg 2bgks nasi impit dlm peti ais.blk keje terus je beli bhn2 nk buat lontong grg.da terliur2 anak tekak nie.tp bila nk masak je terus terbantut tgk nasi impit xde.wan ckp da basi so dia buang la.sob...sob.....kempunan aku nk makan lontong grg. waktu bebuka da nk dekat da. terus terbayang keenakan paprik mak yong. mmg sedap....simple xsampai 30 min da siap.berselera mkn siap bertmbh nasi tue.TQ yong...hihihi.pasnie leh buat lg.

Bahan2:
  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2 (ina tmbh udang ckit)
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik( ina tak letak sbb xde)
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa
Cara - Cara :
  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Monday, 28 September 2009

Nasi Impit Kuah Kacang


kali nie kena ngaku laa yg tuan hamba nie xde laa reti sgt msk.nk buat kuah kcg nie pn kena tgk buku resepi.mcm2 petua org kasi nk bg kuah kcg jd sedap.tp ina lebih tertarik ngan resepi kak hanieliza.simple,mudah dan yg penting mmg sedap. mcm mak buat. kiranya pasni ina akan guna resepi nie utk buat kuah kcg.kesedapannya sampai sekrg masih terasa.xpuas makan sbb ina buat ckit je masa raya tue.

KUAH KACANG

Bahan:

1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin
5 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras


Cara:

1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan nasi impit.


Juadah rayer pertama hingga ke 3

Salam Aidilfitri buat teman2 semua.da lama xkemas umah nie.naik bersawang laa pulak. Tuan rumah masih dlm mood2 raya.jd xde masa dan malas pn ye gak nk update2 buat masa nie.eceli ina cuma raya smpai ke 3 je. xpuas blk kg. sbb kena msk keje pula.biasa laa awal2 minggu pas raya mood keje masih zero. raya thn nie kureng meriah ckit sbb xckup kolum.abg beraya di Paka n kertih, T'ganu....adk yg sorang tue mmg pelik org beraya beraya ngan familiy dia cbuk nk beraya ngan kekwn dia di T'loh. mmg xbest. cm tinggal kami 5 beranak je.

Juadah raya tak la grand mane pn.biasa2 aje.sbb terlalu cbuk melayan bebudak n tetamu yg dtg beraya smpi xsempat nk snap gmbr2 juadah2 raya. Thn nie msk simple2 aje.Raya pertama , Rendang Ayam (tulip77@my resepi), Rendang Dgg Kerbau (feberek ayah), Ketupat Daun Palas (my mum buat), Nasi Minyak, Acar Mentah, Sambal Ayam Madu (sya_annur@myresepi), Mee/Bihun Tomyam.

Juadah raya ke 2, Soto Ayam(resepi keluarga diana), Nasi Impit Kuah Kacang (kak Hanieliza), Ketupat Daun Palas, Rendang Daging Kerbau, Jus Buah Tembikai & Apple Hijau (special 4 kak uda & my friend)

Juadah raya ke 3.lontong goreng, kek pisang lembab CMG, Kek Span (sweet4ever@my resepi) dan karipap inti daging (my mum yg buat).

Memandangkan cuti raya xbyk jd xleh msk beria2 kena rehat. jg. nanti kalau da terlalu penat xleh nk drive pulak.tue laa nasib org hdp membujang. ketupat daun palas tue pn mulanya my mum xnk buat tp last2 minutes dia buat gak sbb kesian kat ayah.Ketupat Daun Palas nie mmg menu wajib pg raya dan kegemaran ayah.tue pn mak buat sekilo je.biasa 2, 3 kilo beras pulut mak buat tp thn nie mengenangkan abg, adk xde tp mood raya n persiapan raya pn kureng gak.

Abg kena raya Paka sbb tok xde org nk jg dia, nk beli brg keperluan raya.dis year turn anak2 dia (mak cik aku) beraya kat umah mertua.sib baik tunang abg org Kertih jd leh dia beraya ke sana gak.Buat akak kesyganku Kak Uda & ehem2....tq sbb sudi beraya ke umah aritue.teruja sgt dpt tetamu dr jauh nie.maaf ina xleh nk buat kunjung balas.Julie i'm so sori.bkn rezeki kita nk beraya bersama.koi blk t'loh, awok blk penang pula.tp coklat tue mmg sedap.xrugi beli.koi balun sensorang je.tu pon rasa yer cam xcukup je


Nie je juadah raya yg sempat dirakam, yg lain semua xdok dan nk snap.terkajar sana sini.tgk2 da pinis.hihihi...


Yg ni keropok lekor kiriman dr bakal kakak Iparku.TQ yek...aritue just main2 je last2 tgk abg bw blk keropok.hihihi panas telinga dgr abg bebel.dia kata ina muka xmalu suka meminta2.hihihi sori..........tp keropok sn mmg sedap pong

Tumpi/Tempeyek....nie mmg favourite ina.Kuih mueh di atas pemberian Kak Uda family selain dr ketupat, kuah kcg, rendang dgg.ketupat nie ina simpan dlm peti ais.mmg sengaja xmknm ngan kueh kcg tue sbb da planning nk buat lontong goreng ngan ketupat tue.


Thursday, 17 September 2009

Biskut Strawbery Nestum

Firsttime buat biskut perisa strawberi.erm....sedap jugak resepi nie.ina ambil kat majalah saji2009. buat 1 adunan je.tak byk sgt dapat.jd da buat cepat2 simpan.xleh nmpk depan mata nanti licin.malas nk adun semula tpg.jd lengkap laa sudah sekut raya thn nie.tema traffic light hihihi...merah, kuning, hijau semua ada.....bagi sesaper yg nk cuba leh tgk resepi kat bawah yer.


Biskut Strawberi Nestum

Bahan A
  • 130g mentega
  • 70g gula aising
  • 1 sudu teh esen strawberi

Bahan B
  • 30g nestum - kisar
  • 1s/b serbuk santan
  • 1s/b tepung beras

Bahan C
  • 40g tpg jagung
  • 100g tpg superfine

Hiasan
  • Kuning telor dan kuaci (ina guna decoration sugar - red heart)

Cara penyediaan:
  1. Pukul bahan A sehingga sebati
  2. Masukkan bahan B dan C kacau rata
  3. Uli adunan sehingga menjadi doh yg lembut
  4. canai dan terap ngan acuan dan susun atas dulang pembakar
  5. sapukan kuning telor dan letak kuaci dan bakar sehingga masak

Wednesday, 16 September 2009

Biskut Kelapa Hanieliza

ina kategorikan sekut nie sekut org tua2.sbb dlm umah nie cm org yg da berumur je suka mkn sekut kelapa.yg muda2 semua dok cekau sekut2 kaler hitam, ada coklat....yg tue mmg gerenti licin dulu.ina mula2 malas nk buat tp wan da request awal2.sanggup dia kasi duit srh beli bhn2 semata2 nk suruh ina buat sekut kelapa.tp kita xbuat dek je sbb semua bahan2 da ada.cm tggu mood rajin je.sekut nie mmg sedap.mana tak yer resepi asal dr sifu cyber, kak hanieliza.tp ina ambil resepi dan c&p dr dapur kak azura.wangi bau kelapa, dan nestum tue.tp perasan tak acuan ina guna tue cam lambang salit pulak.....nyesal pulak guna acuan btk nie.erm....xpo laa janji sedap.msk mulut pn cair gak kan.hlg salit tue nanti huhuhu..................

Bahan
250 gm butter
2oo gm gula kastor
1 kuning telur
1 s/k esen vanilla
2 cawan kelapa kering [ cap King]
1/2 cawan nestum halus
1 1/4 cawan tepung ubi ]
1 1/4 cawan tepung gandum ] ayakkan bersama

cokalt cair untuk hiasan (ina xisi pn just hias ngan ceri merah je)

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur san esen vanilla dan kacau rata.
3. Masukkan bahan kering berselang seli dan gaulkan rata.
4. Bentukkan mengikut kesukaan sendiri.
5. Bakar dalam suhu 170'C selama 15 minit atau sampai nampak masak.
6. Sejukkan dan hiaskan dgn lorekkan coklat cair.
Blog Widget by LinkWithin
 
Blog Design by Template-Mama.