advertisement

Monday, 20 July 2009

Hati Masak Rempah


Nie menu lunch semalam.ceduk dr dapur kak ana wahid.da lama nk try tp xleh xmkn byk xelok utk kesihatan.biasa jumpa hati goreng kunyit atau kicap.tgk resepi kali nie agak unik & menyelerakan.tue yg teruja nk try.budget pn ciput jee tue yg pntg dan terbukti mmg sedap. rasa dia cam rendang ckit.mybe sbb letak kerisik kot.cm ina msk terlebih isi ketumbar daaa...wan pn ckp sedap.ina msk kering ckit.tgk tue serai pn tak dan nk buang terus jee snap pic. sebelum kenan ngap.nk resepi tgk bwh.hihihi cam bese kita main C&P dr blog akak...ya ampunn kak minta halal yek

Bahan2nya:-

½ kg hati ayam/lembu – dicuci dgn tepung gamdum tuk hilangkan hanyir dan digoreng terlebih dahulu bersama serbuk kunyit n sedikit garam - saya guna hati ayam
( * bahan kisar )
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
* 1 sudu besar ketumbar
* ½ sudu besar jintan manis
1 batang serai – diketuk
2 pelepah daun kari
1 sudu besar penuh rempah kari daging
2 sudu kecil serbuk lada/cili – nk pedas sendiri adjust yer
1 sudu besar kerisik
Air secukupnya
Garam, gula n bahan perisa secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara2nya:-

1.Panaskan kuali, masukkan daun kari gaul sebentar dan masukkan bahan kisar, tumis sehingga wangi dan garing.
2.Masukkan serai, rempah kari dan serbuk lada/cili kacau sehingga sedikit kering.
3.Masukkan hati yg telah siap digoreng terlebih dahulu td dan kacau sebati dan masukkan kerisik dan jika terlalu kering masukkan air sedikit demi sedikit bergantung pd kehendak masing2.
4.Akhir sekali masukkan gula, garam dan bahan perisa secukup rasa. Siap!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin