advertisement

Tuesday 21 July 2009

Karipap inti sedap


Rasayer nie last n3 4 dis week.nk kena blk t'rgnu usa sampai hari Ahad.abg tunang, huhuhu dpt kak ipar org sana.so nk tak kena ikut time dia.kita cuti dia keje, kita keje dia cuti.Pihak perempuan berkeras nk jg tunang hari Jumaat.Leceh betul.Tunang just 1 hari yg lebih tue urusan seri paduka baginda.jangan ditaye....

OK, ckup melalut kali nie nk tunjuk ckit hasil tulang 4kerat nie.Karipap inti sedap dari sape lagi klu bkn mak yung glamour kat jepun tue.mula2 nk buat kuih pau inti ayam.semua bahan da ada.siap beli lagi tpg khas utk buat pau.inti da lama buat, ada kot seminggu dok dlm freezer.nie kes malas laa.tdo lg syok!!!!sebelum kena bom ngan wan cepat2 keluarkan inti tue. org tua mana suka membazir.so tukaq menu jg karipap la pulak.senang leh frozen berminggu2, xbyk pakai space. kuih pau nie leceh xleh nk tindih2 nanti terpenyek pula sbb freezer kat umah wan aku tue cinonet sgt.ikut resepi kak ina, cam bese i just C & P.malas nk taip.sape yg nk blaja kelim karipap klik je kat link i da buat tue.cuma kali nie aku buat kulit kureng menjd, kelim pn xcantik.masin...terlebih isi marjerin, garam....tp ttp sedap.ingat nk simpan utk stok 1minggu tp dok dan pun.buat malam Ahad, esok yer terus licin wakakaka......tak cuba try mmg sedap sgt.karipap is my feberek u know...xkisah bntk cantik ke buruk ke semua aku balun.janji karipap oh karipap.sape2 yg kenal aku diorg mesti xheran puyer.utk kak ira,ainee n dato' harun...jemput makang yek!!!!jumpa next week,k.i da apply cuti khamis, jumaat..jgn jelous yek!!!

Bahan2 (20bj)
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam
  • air
  • INTI
  • 5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur
  • 200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
  • setangkai daun kari dan daun sup cincang halus
  • 2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji @ potong dadu(i xbubuh pon)
  • 2 1/2 sudu besar kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air(ina guna 1 paket rempah kari ayam yg 50sen tue dan tmbh 2 sudu cili kering kisar)
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • gula - jika perlu
  • air
  • ina tmbah daun sop ckit dan 1/2 labu bawang besar yg telah didadukan.
Cara2:
  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk buat inti - kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  3. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering. tutup api.taburkan daun sup dan bwg yg telah didadu itu.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
  5. Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.
  6. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin