advertisement

Wednesday, 26 August 2009

Ikan Bilis Tumis Sambal Tempoyak


Now...my turn pulak nk tunjuk menu bebuka smlm. maaf tuan rumah mmg xreti nk masak yg grand2, pelik2, moden2...bkn xnk cuba tp takut xjd.saper nk telan.da laa cuma dok 2 beranak je. teringin nk makan ikan bilis ngan tempoyak.nk rasa sgt2.tue yg buat.lagi pn simple, tak renyah..blk keje smlm agak lewat.da penat jd nk msk pn xde mood.nk tapau xbrape suka p baza ramadhan sbb rupa je cantik tp rasa belum tentu sedap, da la mahal.tmbh skrg H1N1 tgh teruk jd lagi la xbrani nk p tmpt yg sesak2 nie.soo layan je laa menu puasa smlm yek.jgn ada yg minta2...da pinis pn.resepi diambil telukibh myr.

Bahan:
  • 1 genggam ikan bilis digoreng dahulu (ikut suka, tak nak goreng pun tak per)
  • *10-15 biji cili padi
  • *0.5cm kunyit hidup
  • Sebatang serai dititik
  • Sehelai daun kunyit dihiris
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Sedikit garam
  • Tempoyak secukupnya (suka ati nak boh baper byk)
Cara2:
  1. Tumbuk lumat kunyit hidup, di ikuti dgn cili padi, cili tu tak berapa lumat pun tak per
  2. Panaskan sedikit minyak dlm kuali, kemudian tumiskan bhn2 tumbuk, masakkan sedikit cili, org2 tua kata matikan cili.
  3. Kemudian masukkan tempoyak, daun kunyit hiris dan serai. Kacau. Taburkan garam, kena igt sket kwn2, kekadang ikan bilis dah masin, so agak2 ler ek.
  4. Selepas 3 minit, agak2 bau semua dah naik, barulah masukkan ikan bilis. Gaulkan, tutup api. Boleh ler di hidang.
  5. Kalo tempoyak tu agak2 tak masam, masa menumis tadi boleh ler ditambahkan asam keping, barang sekeping dua ya.


2 comments:

  1. nk yek!!!!!meh sini mai kat umah....ngan botol2 temponyak [n i leh kasi hik3

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin