advertisement

Tuesday, 9 October 2012

Yoong Tau Foo





Yey...akhirye t'buka gak hati nk mengupdate blogku yg tak seberapa nie.senyap bkn bermakna nk menyah terus dr blog resipi kesygku ini.Dalam tempoh 3 thn nie mcm2 perkara b'laku.tp lain kali la bercerita pnjg sbb hari ini teruja nk berkongsi resepi Yong Tau Foo...Dah b'thn t'perap resepi br skrg nk  mencuba.First time buat ni mmg t'baek laa....simple dan mudah.yg pntg sedap.ina lebihkan cili kering sbb suka kuah yg pedas dan pekat..kejap je licin. nk resepi leh godek umah kak hana dan kak ros untuk tgk cr2 dan tips untuk membuat kuah yong tau foo

Sumber asal

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka atau kurozato
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto
Cara-cara
  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin