advertisement

Tuesday, 11 August 2009

Nasi Ayam ALA Kampung

Klu nk ikutkan hati malas betul nk ke dapur.nk buat taik mata byk2...hik3!!!tp bila adk2 dtg minta buat kena laa layan.takut kenpunan pula.sbb aritue dia kata dia beli tp tak puas makan.jd kali nie dia nk makan byk ckit.ehhh huduh beor bunyi yer.nasi ayam nie favourite kami adik beradik.masa first time buat dulu mmg teruk..boleh hayung lam tong sampah.tp da nama pn favourite sanggup blajar smpai jd perfect n kena selera kami sekeluarga.ina buat ikut resepi sendiri tgk2 mak cik2 masak pastu try buat.now, alhamdullilah kira boleh tahan.cuma tiap kali buat mmg rasa dia sentiasa berubah.olah sana sini nk jd rasa dia sama cam kat kedai.bagi ina nasi ayam nie yg plg pntg sambal dia n ayam dia.da nama pn nasi ayam jd semua bahan dia ina guna air rebusan ayam.tak tau laa bg org lain.tp kali nie buat tang nasi mmg da ok tak mual sgt mkn berkali2 pn tak pe.sambal pn ok mmg sedap sama mcm kat kedai cm ang sop tue agak berminyak pasni kena perbaiki lagi.ayam tue ina isi serai ckit nk utk naik bau.tak pn xpe!!!bagi yg nk cuba tgk laa resepi yer ada kat bawah:

Ayam
Bahan utk dapat stok/rebusan ayam:
  • 1 ekor ayam (ina potong kecik2 sbb senang nk goreng)
  • air
  • 4 cm halia*
  • 2 ulas bawang putih*(ketuk je)
Bahan Perap
  • 5 s/b madu
  • kicap masim
  • osyter sos
  • 3 ulas bwg putih*
  • btg serai* (kisar halus)
Cara:
  1. Rebus ayam dalam periuk ngan air agak2 je brape byk nk.ina buat buat anggaran utk buat sop, sambal,nasi dan kicap.hampir 1 periuk gak.
  2. Bila ayam da masak keluarkan dan toskan
  3. perap ayam dengan bahan perap.dan biarkan satu 1 jam baru goreng.(ina goreng dekat2 nk makan sbb tue potong sebelum rebus ayam .nk makan br goreng ckit2.mkn panas2 mmg best giler.ratah pn best sbb ayam tue ada rasa manis madu, masim dr kicap dan osyter sos dan wangi dr bwg putih dan serai td)

Nasi
Bahan2 (utk 10 org) :
  • 7 1/2 pot beras (ina sukat guna pot periuk karen)
  • Air rebusan ayam (ina agak2 je lebih kurang 2 1/2 cm dr aras beras)
  • 2 ulas bwg putih*
  • 3 ulas bwg merah*
  • 1 cm halia *(dihiris halus)
  • 1 btg kulit kayu manis (yg pendek je)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 s/b marjerin
  • 2 s/b minyak (ina guna minyak matahari)
  • 1 ketul kuib pati ayam know
  • 4 helai daun pandan (simpul dua2)
  • garam
Cara2 :
  1. Panaskan periuk.masukkan marjerin dan minyak.biarkan sehingga marjerin tue cair barula di tumiskan hirisan bawang, halia, kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang.
  2. apabila da naik bau masukkan beras yg telah dibersihkan serta ditoskan ke dalam periuk tersebut.
  3. masukkan air rebusan ayam, kiub pati ayam, daun pandan dan garam.masak nasi seperti biasa.
Sambal

Bahan2 :
  • 8 biji cili merah
  • 5 biji cili api (saje tambah sbb cili cili merah tue tak pedas, tak pn xpe)
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 s/b cuka atau jus limau nipis/lemon (xjus ikut selera masing)
  • 2c air rebusan ayam
  • gula & garam secukupnya
Cara:
  1. masuk semua bahan dalam blender dan kisar sampai halus
  2. ina masak jap atas dapur sbb takut budak2 tak tahan makan sambal mentah.leh tambah air rebusan klu tak sambal tue pekat.ina masak jap je...agak2 sambal da masak n pekat.xmasak pn xpe
Sambal Kicap
bahan2:
  • Kicap masim
  • Kicap pekat
  • 2c air rebusan ayam
  • garam
  • 2 ulas bwg putih *diketuk (xnk xpe)

Cara2:
masuk smua bahan dalam periuk.kicap tue ikut kepekatan yg dikehendaki.rasa, klu x masim leh tmbh garam ckit.klu nk sambal kicap pekat leh tmbh sesudu tpg jagung yg dibancuh ngan sedikit air.ina tak isi sbb adik2 tak suka.ina jg jap atas dapur. xnk pn xpe

Sop
Bahan2:
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 ulas bwg merah*(hiris halus)
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • tulang2 ayam
  • daun sop
  • bawang goreng
  • Air rebusan ayam
  • 1 ketul kuib pati ayam
Cara2:
Tumis hirisan bawang, kulit kayu manis, bunga lawang...(ina guna rempah sop serbuk jd xisi pn bunga lawang dan kulit kayu manis).bila da naik bau (klu yg rempah serbuk ina biar sampai rempah tue pecah minyak) masukkan ayam, air rebusan ayam, kuib pati, garam & aji.bila sop da masak tabur bwg goreng dan daun sop


Ulaman:
Salad
Timun
Tomato
bwg goreng
daun sop





2 comments:

  1. Wah rajin die adik2 mintak nasik ayam terus buat... neh kalo bukan adik yg mintak buleh ke? hehehe.. nak mintak sepinggan dua.. :D

    ReplyDelete
  2. mmg suka tgk diorg makan.tp ikutkan hati mmg malas pn.nk beli nanti budget lari ramai sgt kat umah hik3!!!!Ijan klu buat lg sedap.nie pn dok syok tgk nasi ayam Ijan wat arietue.tue yg tergedik2 nk buat jg w/pn tak terror mana....

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin