advertisement

Thursday 27 August 2009

Kuih Cara Berlauk


Lagi satu menu juadah berbuka smlm.Kuih cara berlauk.nie mmg feberek i.tp kali nie beli je.mana sempat nk masak beria2.lain la klu sehari suntuk dok umah. ina suka inti daging tp yg dibeli ni mok cik tue isi inti sardin pulak.tp sedap jg.tak rugi beli.ina melantak sorang2. cara manis pn suka jugak. tp malas nk beli yg tue pasai kuih tako pn da manis, bebuka ngan air kepala pn manis gak...nanti klu semua manis tak pasal2 kena kencing manis. w/pn just beli tp ttp nk tulis resepi yer manatau pasnie nk rasa air tangan sendr. kat Fp kak rin ada gak resepi kuih cara berlauk nie dan yg ina c&p kat bwh nie adalah sumbangan dr princessharyati.semua yg da cuba bg respon yg ok, sedap. bg yg nkmencuba resepi leh tgk kat bwh yek.


Bahan (10 org):
  • utk kuih cara
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • Garam / gula
  • Utk inti
  • 6 keping daging di cincang halus( pakai daging cincang siap dah pun boleh)
  • 1/2 biji capsicum
  • 3 biji kacang buncis di potong halus (option kalu tak nak pun tak pe)
  • 1 biji bawang besar di potong dadu
  • 2 sudu serbuk kari daging
  • Sedikit Daun bawang di potong halus
  • Sedikit daun sup di potong halus
  • Garam n ajinamoto
Cara penyediaan:
  1. Utk doh kuih cara campurkan semua tepung, telur, santan, garam dan gula kacau sehingga sebati .. jgn cair sangat.
  2. Utk inti panaskan minyak masukan serbuk kari yang di campur edikit air masak sehingga naik minya masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukan bawang , capsicum, kacang dan garam. Akhir sekali masukan daun bawang dan sup , masak sehingga kering kuahnya.
  3. Panaskan oven. Sapukan butter di dalam acuan kedian masukan doh kuih cara dan kemudian letak inti di atas nya. Masukan ke dalam oven. Masak 170 C sehingga 15-20 minit . Siap untuk disantap bersama keluarga.
  4. ** boleh di masak macam biasa. i guna oven jek sb takde acuan kuih cara n dapur i used electric no gas. tapi sedap gak sama rasanya mcm kuih cara lain.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin