advertisement

Monday, 10 August 2009

Cok Bantal Wiff Sambal Bilis


nie jee yang sempat disediakan utk breakfast semlm. tgk kak hana, kak umi buat teringin pulak nk makan.bahan2 yer pn mudah dan da ada kat.cm tunggu time rajin je.kebetulan weekend adik2 turun Temerloh.Ina mmg suka tgk adk2 makan.diorang nie pengkritik utama.respond yg di terima pn kata ok!!!!sedap cuma terlebih isi gula pulak.....nie kes ikut tekak sendiri sib baik ada sambal bilis leh kaber. ina buat tak bape kembang sbb da tak lapo...adunan belum naik lg da gelek potong terus goreng.klu tunggu dia naik rasayer lebih lembut lagi kot!!tp dr segi rasa mmg best.adik2 pn suka gak.maybe pasnie blk kg mesti diorg request lg.ina pn xsempat nk akan byk2 dan rasa lam 4 ketul je...resepi ada kat bwh.ina ambil kat my resepi dr MomMa Mia.

Bahan2:
  • 3 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 sudu teh yis
  • 3 sudu teh garam
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar butter / margerin (suhu bilik)
  • 1 biji telur
  • ¼ cawan air ( tambah@kurangkan bergantung doh)
  • Bahan - Bahan Sambal Bilis
  • 150 - 200 gm ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)
  • 1 labu bawang besar dimayang
  • 6 ulas bwg merah (Ditumbuk /blend)
  • 3 ulas bawang putih (Ditumbuk /blend)
  • 4-5 sudu cili boh
  • 1/2 inci belacan (Ditumbuk /blend)
  • ¼ cawan air asam jawa (lebihkan kalau suke masam)
  • Garam dan Gula secukupnya
Cara2:
  1. Untuk CokBantal: Campurkan semua bahan-bahan kecuali air dan kacau. Masukkan air sikit-sikit sambil uli doh.Uli sampai sebati dan licin.Tutup mangkuk doh dan perap selama 30 minit. Canai setebal 1 cm dan potong ikut pattern yang anda suka.(kite potong bentuk bantal peluk =P) Goreng dalam minyak deepfry yang telah dipanaskan sampai warna keemasan..nampak garing..SIAP!
  2. Untuk Sambal Bilis : Tumiskan bahan blend hingga garing sikit.Masukkan cili boh dan goreng hingga naik minyak.Tambahkan air asam, gula dan garam.Masukkan ikan bilis dan bawang besar dan goreng hingga masak. Happy trying! =)
  3. *Suggestion : Masak sambal bilis dulu supaya boleh nikmati cok bantal panas-panas.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin