advertisement

Tuesday, 9 October 2012

Yoong Tau Foo





Yey...akhirye t'buka gak hati nk mengupdate blogku yg tak seberapa nie.senyap bkn bermakna nk menyah terus dr blog resipi kesygku ini.Dalam tempoh 3 thn nie mcm2 perkara b'laku.tp lain kali la bercerita pnjg sbb hari ini teruja nk berkongsi resepi Yong Tau Foo...Dah b'thn t'perap resepi br skrg nk  mencuba.First time buat ni mmg t'baek laa....simple dan mudah.yg pntg sedap.ina lebihkan cili kering sbb suka kuah yg pedas dan pekat..kejap je licin. nk resepi leh godek umah kak hana dan kak ros untuk tgk cr2 dan tips untuk membuat kuah yong tau foo

Sumber asal

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka atau kurozato
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto
Cara-cara
  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.


Tuesday, 7 September 2010

Menu berbuka semalam



da penghujung Ramadhan br laa ada mood nk update blog resepiku.smlm bebuka tersgt laa simple.tp yg simple laa jg yg plg best.ayam msk kicap , gulai lemak cekur + ubi keledek, sambal gesek(songlap dr dapur kak hana), ikan masim,murtabak huh bertmbah2 mkn nasi.sedap giler.jom layan resepi zasssssssss.....


AYAM MASAK KICAP
Sumber: Blog resepi

Bahan:
  • 5-6 ketul ayam digoreng terlebih dahulu
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • setengah biji capsicum (siap kaler oren lagi :D ), potong ikut suka
  • 1 biji tomato potong 4
  • dua camca kecik chilli paste
  • kicap manis
  • sos tiram
  • sedikit air bancuhan tepung jagung
  • garam dan gula
  1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
  2. Sediakan kuahnye.. tumis bawang putih hingga agak perang. Masukkan chilli paste dan tumis lagi sekejap.
  3. Masukkan kicap manis dan sos tiram (boleh agak2 je amaunnye :p). Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung (pun boleh agak2 lagi tgk kepekatan yg disukai) dan kacau.
  5. Masukkan capsicum, bawang besar, garam dan gula.
  6. Siap :)
SAMBAL GESEK
Resepi asal : Fariha my resepi




sambal gesek ni mmg kegemaran 1 keluarga. buat byk mana pn gerenti abis.tp slalu buat stail tumbuk dan goreng ckit kasi cili tue masak.paper pn TQ 4 sharing this resepi.

Bahan-bahan
  • Ikan bilis-setengah genggam
  • 15 biji cili api
  • 3-4 ulas bawang merah kecil
  • Garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Basuh kesemua bahan diatas dahulu.
  2. Sediakan lesung batu dan tumbuk lumat kesemuanya.Siap.

Biskut Semperit




adus segan woo nk letak n3 semperit.bancuhan keras ckit. malas nk adjust tgk arrr da buruk rupa semperitku skali tgk tercacak2 mcm duri durian hahaha.....tp rs alhamdulillah sedap.aritu tgk semperit kak ana, mula tgn nie gatal pulak nk buat jg.saje nk tmbah koleksi sekut raya. ina guna resepi dr warisan turun temurun. tahun cm buat 3 jenis sekut je.2 ina wat 1 lg kak ipar buat.biar rupa tak semegah mana janji sedap kan kan kan....yg lain semua kuih masin, kerepek2 (beli), kuih gunting (malas nk letak kat blog).....apa2 pn selamat hari raya.hari ni last day keje. lalalala

Bahan:

  • 1c mentega
  • 1c gula
  • 1 sk esen vanila
  • 1c tpg kastad
  • 1c tpg gandum
  • 2biji telor
  • tpg jagung secukupnya

Cara Penyediaan:

  • Pukul gula n mentega hingga sebati barulah masukkan telor dan esen vanilla
  • masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sampai jd doh
  • doh perlu ditutup dgn kain lembap utk mengelakkan doh jd keras (ina tak buat sbb tu bila doh jd cepat keras/kering bila paip kat acuan jd buruk, tgn pn lenguh nk menekan acuan..gmabr di ats tu sekut yg last2 baking.nasib laaa.mood da down time tue)
  • paipkan adunan m'gunakan acuan semperit secara memanjang dan hias ikut suka.
  • Bakar 150'c selama 15min, bergantung kepada oven masing2.
  • Selamat mencuba

Monday, 6 September 2010

Asparagus Blackpepper


Ni resepi sendiri.main campak2 je.tp mmg marbelous.sebenarnya br first time mkn asparagus. puas gak pk nk msk ape.last nmpk kat dpr ada telor, sotong, lobak yg hmpir kecup....apa lgik lebur je laa.hasil yee mmg best w/pn simple

Bahan:
  • secekak asparagus
  • lobak
  • 1 bj telor
  • 2 ekor sotong - cuci n potong kecik2
  • l/2 bj bwg besar
  • 1 bj bwg putih
  • 1 sudu lada hitam (ina guna yg serbuk sbb tu tak hitam black peper tu)
  • 1 sudu cili kisar (kasi merah ckit)

Cara - cara penyediaan:

  • tumis bawang n cili. masukkan telor kacau hancurkan telor tu
  • then mskkan sotong, lobak, asparagus serta lada hitam ckit beserta bahan perasa. goreng sehingga sayur msk.





Udang Sos Brokoli



resepi yg da be'kurun lama baru ada ms nk share kat sini.sumber asal dr sebuah mjlh tp da tak ingat da mjlh aper daaa....sedap tau kuah dia rs mcm kita mkn mashed patato.ketulan ms cuti kat cameron aritu ina borong byk syur t'msk brokoli segar.tue yg t'uja nk try this recepi selain bagus utk kesihatan sbb semua main rebus je no tumis2...minyak2

Bahan A
- 400g brokoli
- 6 ekor udang harimau

Bahan B
- 1c air rebusan udang
- 5 sudu mkn sos tiram
- 1 sudu mkn gula
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh stok ayam
- 1 sudu teh serbuk perasa
- 1 sudu mkn tepung jagung

cara membuat:

  • Brokoli direbus separuh masak bersama 1 sudu minyak masak kemudian toskan
  • rebus udang dgn air sebanyak 1 cwn sehingga mendidih kemudian mskkan semua bahan B kecuali tpg jagung.
  • kacau seketika kemudian baru masukkan tpg jagung.msk menggunakan api perlahan.
  • Susunkan brokoli bersama udang di atas pinggan.kemudian tuangkan bahan B ke atasnya.sediakan..........

Wednesday, 1 September 2010

raya datang lagik!!!!!!!!!sekut pertama Almond Landon






Huh tut tat tut tat da p'hjg Ramadhan kita.time nie mesti ramai yg tgh cbuk mengkukis.blogger pn sm cbuk dok tyg kukis msg2...haihhh tak jd.cuti smlm terus start projek pertama Almond Londan.ina try resepi dr blog en mat kita yg glamour.resepi asal dr chef wan.mmg best giler resepi nie.

Bahan Utama:-
125 g mentega
75 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel

Bahan Lain:-
300 g coklat masakkan (mat guna coklat masakan jenama "tulip")
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
  4. Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara....selamat mencuba!!!!





Friday, 21 May 2010

Teh Dangdut


TEH DANGDUT PEKAT

Jom minum...........ingat lagi ms mula2 p ngeteh tetgk abg bancuh air buat teh gini.terjakun la kejap.dlm kepala ni asyik mikir gane abg tue leh wat air nie.fuh!!!!terror sungguh.teh dgn susu terasing.terapung2 gtu.masa search kat my resepi terjmpa air teh nie so br la tau rahsia yer........
terima kasih kak mariam bagi idea dan resepi ni.pasni da tak jakun lagi hehehe.rasanya da ramai yg da mencuba dan hasilnya nk tau cuba la sendr...........kuang 3x!!!!

Bahan:
  • 2 uncang teh
  • 3 sb susu pekat
  • 2 sb susu cair (Option)
Cara2:

  1. Rebus teh tue dengan setengah cawan air.pastikan teh tue pekat (Biasanya saya rebus setengah cawan air dan bila pekat air akan tinggal 1/3 cawan je)
  2. 1 cawan air panas, campur susu pekat dengan susu cair lepas tue tarikk sampai berbuaih.
  3. Lepas tue masukkan susu ke dalam gelas sekali dengan buih-buih tue
  4. Akhir sekali baru masukkan teh yang pekat td ke dalam susu.masukkan teh tue slow2....

*SUKATAN AIR DAN SUSU IKUT SUKA KITE SENDIRI NAK MANIS ATAU TIDAK...SUKATAN AIR PUN SAME....IKUT SAIZ GELAS KITA...KALU NK SENANG KITE SUKAT DULU AIR MENGIKUT GELAS YG KITE NK GUNA...



TEH DANGDUT CAIR

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin