advertisement

Thursday, 27 August 2009

Kuih Cara Berlauk


Lagi satu menu juadah berbuka smlm.Kuih cara berlauk.nie mmg feberek i.tp kali nie beli je.mana sempat nk masak beria2.lain la klu sehari suntuk dok umah. ina suka inti daging tp yg dibeli ni mok cik tue isi inti sardin pulak.tp sedap jg.tak rugi beli.ina melantak sorang2. cara manis pn suka jugak. tp malas nk beli yg tue pasai kuih tako pn da manis, bebuka ngan air kepala pn manis gak...nanti klu semua manis tak pasal2 kena kencing manis. w/pn just beli tp ttp nk tulis resepi yer manatau pasnie nk rasa air tangan sendr. kat Fp kak rin ada gak resepi kuih cara berlauk nie dan yg ina c&p kat bwh nie adalah sumbangan dr princessharyati.semua yg da cuba bg respon yg ok, sedap. bg yg nkmencuba resepi leh tgk kat bwh yek.


Bahan (10 org):
  • utk kuih cara
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • Garam / gula
  • Utk inti
  • 6 keping daging di cincang halus( pakai daging cincang siap dah pun boleh)
  • 1/2 biji capsicum
  • 3 biji kacang buncis di potong halus (option kalu tak nak pun tak pe)
  • 1 biji bawang besar di potong dadu
  • 2 sudu serbuk kari daging
  • Sedikit Daun bawang di potong halus
  • Sedikit daun sup di potong halus
  • Garam n ajinamoto
Cara penyediaan:
  1. Utk doh kuih cara campurkan semua tepung, telur, santan, garam dan gula kacau sehingga sebati .. jgn cair sangat.
  2. Utk inti panaskan minyak masukan serbuk kari yang di campur edikit air masak sehingga naik minya masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukan bawang , capsicum, kacang dan garam. Akhir sekali masukan daun bawang dan sup , masak sehingga kering kuahnya.
  3. Panaskan oven. Sapukan butter di dalam acuan kedian masukan doh kuih cara dan kemudian letak inti di atas nya. Masukan ke dalam oven. Masak 170 C sehingga 15-20 minit . Siap untuk disantap bersama keluarga.
  4. ** boleh di masak macam biasa. i guna oven jek sb takde acuan kuih cara n dapur i used electric no gas. tapi sedap gak sama rasanya mcm kuih cara lain.

sambal ikan kembong berlado

Huhuhu....sib baik ada ikan balance berbuka kemarin.bulan puasa tak baik membazir.masak sambal aje.klu xde ikan nie tak tau.Berbuka ngan sayur ngan kicap je laa kami. ikan kembong nie betul penyelamat keadaan. ikan sop td sah2 kena msuk dlm tong smph.sakit hati betul.w/pn pd mulayer mmg tak pandang lgsg sambal ikan ni last2 yg ne juga jd pilihan.tue laa erk....jual mahal lg.padan muko ko ina oiii...yg nie xyah resepi2 yek.sonang jek!!!!!macam campak2 je.maklum laa bkn menu pilihan.


sup Ikan "Power" Mat Gebu


Sekali lagi dok menerai resepi pak cik mat glomour nie.w/pn percubaan pertama dulu (kek pisang lembab) gagal tp i masih serik lg.da lama teringin nk makan sop ikan merah.aritue beli seketul tp sbb yg nk makan cm 2 org je jd terpaksa laa kerat ikan tue jd 4 bhg.guna 3 bhg je.puyer laa xcited. mula2 nk buat sop ikan yg simple2 je.tp smlm seblm blk keje sempat lg dok menyelak resepi sop kat MyR.tertgk la resepi Mat Gebu nie.Agak unit sbb byk sgt bhn dan rempah yg digunakan selain drpd penyediaan yg lain dr yg lain.hah....aper lagi print n blk umah terus je siapkan bhn2 yer. masa menumis wangi 1 dapur tp bila nk makan je terus rs nk termuntah.ikan tue da xelok rupernya. masa keluar dr freezer nmpk cam elok je.xberbau.masa mkn tang isi ok, cm kurang manis tp bila smpi tang kulit n tulang ikan tue sebj mcm mkn bangkai.uwekkk.......wan pn xmau mkn.syg bau, rupa da ok.tp ikan tue yg problem.abis cacat sop aku.eceli da seminggu ikan tue dok dlm peti.peti tue pn da padat jd mgkn sbb tue kot ikan jd rosak pasal lmbt beku.tension betoil!!!!!pasni cr ikan lain pastue try lagi yek cik mat.pssst......u all jgn kasi tau en. mat tau.nie da kali 2, ina da rosak'n resepi dia.hik hik....satgi dia blaklist pulak nama aku.memalukan tuan puyer resepi.paper pn tq mat i simpan recipes u.next cuba lg.tp dgn ikan yg fress pulak.


Bahan2:
  • 1 ekor ikan Jenahak/tebal pipi atau ikan merah
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan
  • BAHAN2 REMPAH:-
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia dan 1 inci kunyit hidup*
  • 1 camca teh lada hitam*
  • 1 keping hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar rempah sup "Adabi"
  • 1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara:
  1. Ikan dibersihkan, di potong ikut suka dan perap dgn limau dan garam utk 10 minit. Bilas kembali dan toskan.
  2. Satukan bhn2 kisar dgn rempah sup dan rempah kurma. Gaul rata. Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 3 camca besar), tumis, bawang merah/putih yg dihiris, serai, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan daun pandan hingga wangi. Masukkan rempah tadi dan tumis hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air secukupnya (kurang lebih 1 liter). Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan masak dgn api sederhana hingga ikan masak (kurang lebih 15 minit). Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
  4. Sebelum makan taburkan hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. (Maaf dalam gambo bekalan daun sup/bawang dan bawang goreng mat kehabisan)...


Kuih Tako

tgk kak hana, che iza tayang kuih tepong pelita, terliur pulak tekak nie.tp mak cik kat depan pjbt xde jual kuih pelita. yg ada kuih tako je...skali tgk teko ke, tako ke, pelita ke rupa dia lebih kurang jer.dr segi rasa tak tau pulak.xdpt pelita, tako pn jd la.mmg klu bln pose nie rajin beli kuih tako kat mak cik nie.mmg sedap.cm agak manis.xkesah la janji sedap.cm base atas tue agak lembik.tgk dlm gambar sememeh je rupa dia kan.tue sbb kuih tue da terdidih ngan handbag ms drive.hampes puyer hbag da buruk ruper kuih tako aku.beli 3 ketol je.tue pn aku balun 2, wan cm mkn satu je.klu beli byk hayung ke tanah.da membazir.klu nk tengok camner cr nk lipat bekas daun pandan boleh tgk kat Fp kak Azueriena. Ina pn nk copy jg erk resepi Kuih Tako. Manatau tetiba je nk terajin nk buat xyah ssh2 nk belek sana sini.Tepong Hoen Kwee ada kat umah.da berusik pn.jom kita tgk resepi yer.sumbang drpd Kak junjs11 myr.tgk org lain buat pn resepi lebih kurang jer.nanti aku nk try laa.


Bahan (dpt 8 bekas kecil):
  • Lapisan bawah:-
  • 30gm tepung Hoen Kwee
  • 90gm gula
  • 300ml air
  • 6-8 biji sengkuang - dibersihkan dan dipotong dadu
  • Lapisan atas:-
  • @270ml santan
  • @20gm gula
  • @20gm tepung beras
  • @secubit garam
  • Daun pandan atau bekas2 kecil sebagai acuan
Cara - Cara:
  1. Masukkan semua bahan untuk lapisan atas kedalam periuk. Masak atas api perlahan, kacau hingga pekat.
  2. Masukkan sengkuang, kacau rata dan masukkan kedalam acuan.
  3. Masukkan semua bahan untuk lapisan atas, kacau atas api hingga pekat dan masukkan keatas lapisan pertama.
  4. Biarkan sejuk dan hidang.



Wednesday, 26 August 2009

Roti Jala


Nie antara menu bebuka semalam.mmg xde aper2 yg special pn.cicah ngan kuah kari ayam.boleh gak cicah ngan sambal sardin klu suka. sejak da pandai menjala roti nie boleh dikata raya ke2 mmg wajib menjala roti.minggu nie jek da 2 kali makan roti jala.semua my aunty pos depan pintu rumah. kita pn tersengih je laa.yg nie pn bkn kita buat.semua org sedekah.Tue sonok bln pose.ramai sgt yg suka sedekah.Yg kita msk cm sambal bilis kat bwh tue, ikan goreng dan sayur taugeh.malu ehh..nk tayang kat org.mana dan nk masak itu ini.blk da pukul brape.mandi, solat asar last2 jam da pukul 6.wan pun da gelisah pasal dapur dia tak berasap lg.huhuhu....zalim betul cucu dia nie.nk wat camne.klu duk sendr senang telor goreng pn jd laa.badan da penat malas nk renyah.sian wan janji ngan dia nk buat sop ikan merah last2 da xsempat tukaq ikan kembong goreng je....tengok hari nie camne.tgh intai2 resepi sop ikan merah.biasa laa i nie amatur lg bab2 dapur nie.pestime nk buat sop ikan.ntah jd...ntah tak???Resepi Roti Jala nie ina ambil umah kak hana.da slalu buat.mmg sedap.

Resepi Roti Jala
Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 bij telor
  • 1 sudu kecil garam halus
  • beberapa titik pewarna kuning
Cara:

Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

Ikan Bilis Tumis Sambal Tempoyak


Now...my turn pulak nk tunjuk menu bebuka smlm. maaf tuan rumah mmg xreti nk masak yg grand2, pelik2, moden2...bkn xnk cuba tp takut xjd.saper nk telan.da laa cuma dok 2 beranak je. teringin nk makan ikan bilis ngan tempoyak.nk rasa sgt2.tue yg buat.lagi pn simple, tak renyah..blk keje smlm agak lewat.da penat jd nk msk pn xde mood.nk tapau xbrape suka p baza ramadhan sbb rupa je cantik tp rasa belum tentu sedap, da la mahal.tmbh skrg H1N1 tgh teruk jd lagi la xbrani nk p tmpt yg sesak2 nie.soo layan je laa menu puasa smlm yek.jgn ada yg minta2...da pinis pn.resepi diambil telukibh myr.

Bahan:
  • 1 genggam ikan bilis digoreng dahulu (ikut suka, tak nak goreng pun tak per)
  • *10-15 biji cili padi
  • *0.5cm kunyit hidup
  • Sebatang serai dititik
  • Sehelai daun kunyit dihiris
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Sedikit garam
  • Tempoyak secukupnya (suka ati nak boh baper byk)
Cara2:
  1. Tumbuk lumat kunyit hidup, di ikuti dgn cili padi, cili tu tak berapa lumat pun tak per
  2. Panaskan sedikit minyak dlm kuali, kemudian tumiskan bhn2 tumbuk, masakkan sedikit cili, org2 tua kata matikan cili.
  3. Kemudian masukkan tempoyak, daun kunyit hiris dan serai. Kacau. Taburkan garam, kena igt sket kwn2, kekadang ikan bilis dah masin, so agak2 ler ek.
  4. Selepas 3 minit, agak2 bau semua dah naik, barulah masukkan ikan bilis. Gaulkan, tutup api. Boleh ler di hidang.
  5. Kalo tempoyak tu agak2 tak masam, masa menumis tadi boleh ler ditambahkan asam keping, barang sekeping dua ya.


Tuesday, 25 August 2009

Pulut Panggang Debak


nie klu tuan kedai dengar dgr mesti begang...pasai mmg betoil pn pulut panggang dia debak.sbb tue ina kasi nama dia Pulut Panggang Debak w/pn nama tue lgsg xde ciri2 komersial.jgn ditayer resepi yer sbb yg nie main beli je.hulur je RM2 da siap.kan mudah.hik3....Pulut panggang nie sedap dijadikan juadah bebuka puasa.spnjg dok t'loh pestime tgk mok cik nie niaga.abis semua 1 pakej.selain pulut panggang ada gak cucur badar jg guna inti yg sama.mula2 nk try je.tp mmg tak rugi beli bila da makan mmg sedap sgt.murah laa tue 50 posen 1 beso2 makan 2 pn da kenyang.Tp diorg nie niaga on off kejap ada kejap xde.maybe pasni nk beli lg laa.nk buat jgn harap!!!

Ayam Percik Berempah


Hush...susah betul nk curi ms utk nk mengupdate blog nie.hujung bulan byk keje nk buat.da tue buat akit mata je tgk pic...blurr!!!!guna h/p murah je.tp yg pasti resepi kali nie mmg sedap w/pn gambar yg dityg tue lgsg xbangkitkan selera. Empuyer resepi sama mcm sotong kat bwh tue.ina cedok dlm buku saji 2008. mula2 takut gak nk cuba....tp hasil yer.Ya ampun....sedap banget, mmg puas hati.lebih sedap dr ayam percik kat bazar.laen kali nk buat ayam percik mmg ina da cop...yg nie.bahan2 yg digunakan utk tak susah.semua da ada kat dapur kan3....jrg makan sahur tp kali nie disbbkan ayam tue ada balance lg (mmg saje tggl utk sahur..hik3 kes malas masak) makan bertambah2..hilang diet. Ina klu sebut diet mmg depa kat umah dgr mmg nk termuntah.erm...lantak laa aper org nk ckp.so...layan je laa yek.resepi kat bawah:

Bahan:

Bahan Perap
  • 1 ekor ayam (ina buat 5 ketul je)
  • 1 s/k serbuk kunyit
  • 1 s/k garam
  • 1 s/b Madu *
  • 2 s/b cili kisar * (sendiri tmbh xde pn dlm resepi asal)
Bahan Percik
  • 2c santan pekat
  • 3 btg serai
  • 3 s/b ketumbar
  • 1 1/2 s/b jintan manis
  • 1/2 s/k jintan putih
  • 6 ulas bwg merah kisar
  • 1 1/2 cm haia kisar
  • 2 s/b cili kisar
  • 1 kpg asam gelugor
  • garam, gula
  • 1 s/b kerisik
  • minyak masak secukupnya
cara menyediakannya:
  1. Bersihkan ayam, gaul ayam dengan kunyit, garam, madu, cili kisar.Panggang di dlm ketuhar hingga separuh masak. (ina perap dulu sejam)
  2. Ketumbar, jintan manis dan jintan putih disangai kemudian dikisar halus.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama bwg sehingga wangi.masukkan semua bahan kisar, kacau hingga naik minyak, tuangkan santan pekat, masukkan serai, kerisik dan asam gelugur, didihkan sehingga ekat.
  4. Perisakan denga garam dan gula.
  5. Keluarkan asam gelugor, tuang kuah percik ke atas ayam panggang, bakar lagi sehingga ayam masak dan kuah kering sedikit.




Monday, 24 August 2009

Homework from Julie

Julie nie member sekolah, 1 kg....dia nie dengki sungguh ngan aku.xleh tengok kita relax jap.ada je keje yg dia nk suruh kita buat.ko nie julie kena tukaq profession laa aku ingat.keje2 ddk kat lab tue da sesuai ngan ko.pasai yer suka sgt bg anak murid wat keje sekolah...hik3..meh2 sini bucuk2.jgn merajuk erk.nie br ada masa nk buat keje sekolah.xleh simpan lama2 nanti cikgu julie marah pulak.yg tag satu lg esok2 aku jwb erk!!!

Ceritakan 5 pengalaman masa anda puasa kecik2 dulu:)


1.Bila puasa pertama anda?
bila erk.....masa tue klu tak silap masa tue br je darjah 3.pestime start terus full...xde ponteng2..mak kasi laa RM 10 hadiah.masa tue kira byk da...skrg 10 tue da mcm seposen.

2.Makanan berbuka kegemaran?
semua species mee, kueh tiew semua balun tp bila da besar lebih suka mkn nasi, murtabak pok Lah (ko tak rindu kee pok cik nie julie), termosa, karipap


3.Siapa yang ajar niat puasa?
of couse my mum....pastue kat sekolah ustazah pulok ajor.tak reti ambil ko berdiri laa atas kusi.cikgu dulu garang...tue student semua takut.mak ajor dlm bahasa melayu, ustazah ajor ke2 bahasa so balance arab tau melayu pn tau.ckp Arab tak tau hik hik....


4.Pernah puasa penuh masa kecik?
Pestime pose terus penuh...nie sbb takut tak dpt duit raya.kes kena ugut ngan mak.ms tue umur 10 thn da..da besa pn.....

5.Perkara yang paling xboleh lupa masa berpuasa kecik-kecik dulu?
berendam dlm kolah mandi.(nie buat masa parent xde kat umah)blk sekolah terus p blk air berendam dlm kolah.pastue menyelam sambil minum air.hahaha masa nie mana ada org tau.buat2 laa penat.kejap2 buka peti panas, dahaga konon padahal da teguk air kolah kih3....Alah budak2 pose saper nk heran.bukan leh cayer 100% pn.


Kuih Keria versi bola2

yg nie dessert laa konon yer utk bebuka smlm. nk perabis stok keledek yg da berminggu kat dlm bakul tue.wan da tayer2 nk watpe ngan keledek tu.nie gara2 ijan laa dok tayang kuih keria dia aritue.pastue lalu jap umah kak hana pn ada gak kuih keria.da beli keledek nk buat tue pula bermasalah.berbotol2 telan vitamin M.tue KIV da seminggu kot.smlm tue pn terpaksa buat.disbbkan hati tak brape ikhlas jd terjd laa sesuatu tak dingini.terrebus lama keledek tue.jd bila da terlalu hancur, nk uli pn payah.pas tmbh tepung, tmbh lg dan tmbh lg.akhir yer kuih ku jd keras mcm batu.sori erk...kita tak reti nk buat bntk tayar kete., cincin, gelang erm...apalg yek!!!!buat bulat2 je.pastu cucuk ngan lidi tue pasal malas basuh tangan.senang cucuk ngan pencungkil gigi then masuk mulut, ngap sebijik2...erk...kenyang yer....resepi asal dr syamiMyR.tp just c&p dr blog ijan.halal yek ijan.

Bahan:
  • 500gm ubi keledek putih
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula dan sedikit air
Cara2:
  1. Rebus ubi keledek hingga empuk.
  2. Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
  3. Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
  4. Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
  5. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
  6. Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
  7. Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
  8. Didihkan gula hingga pekat.
  9. Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
  10. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  11. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
  12. Jom kita makan.

Sotong Tumis Saleri


menu bebuka smlm br ada masa nk mengupdate.smlm bebuka yg simple2 je.fist pose bebuka kat umah mak cik.so...xberasap la dapur.tue untung yer dok ngan nenek.diorg nk blanja nenek aku mkn, ngan aku2 skali p ngendeng...ye laa tak kan nk dok umah sorang.smlm br laa nk msk.betul kan time puasa nie xyah laa berangan nk berdiet.mmg tak jalan puyer.apa yg ada depan mata abis semua sapu.org tengah lapar makan lgsg tak pusing kiri kanan.aper2 pn meh sini giliran aku pulak nk tayang menu buka pose smlm.masak biasa je.xde glamour2 puyer.erm...masa tgh2 belek majalah saji 2008, konon yer nk cr2 resepi utk biskut raya tp terpandg resepi Sotong Tumis Seleri.resepi dr Pn. Fauziah Hassan dr Gombak.ada saper2 yg kenal???nmpk mcm sedap je...teringat ada 3 ekor sotong yg da kejong dlm freezer terus semangat nk cuba.erm...mmg sedap.masa menumis je da wangi 1 dapur bau sotong, bawang goreng....tak pedas budak2 pn boleh makan, rasa dia ala2 kerabu sotong.bg peminat saleri yg nie antara resepi yg sesuai utk di cuba.nie isi ckit je seleri pasal wan dia nk guna half utk buat sup.rupayer nenek ku tue peminat saleri rupa yee....bagi yg mencuba tgk resepi kat bwh erk......maaf pic kureng ckit.pakai camera h/p jek.

Bahan2:
  • 5 ekor sotong putih (kikis kulitnya dan potong bulat)
  • 1 labu bwg besar (potong dadu)
  • 2 btg seleri (di hiris)
  • 4 bj tomato (potong dadu)
  • 2 tangkai cili merah (belah 2, buang bj dan potong dadu)
  • garam
  • sedikit lada hitam (ditumbuk)
  • Minyak masak secukupnyer.
  • 1s/b hirisan daun sup dan daun bawang
Cara:
  1. Panaskan miyak, tumis bawang hingga wangi, masukkan sotong dan kacau hingga masak.
  2. angkat sotong dan biarkan airnya kering sehingga tinggal sesudu besar
  3. masukkan tomato, diikuti saleri serta cili, kacau lagi.
  4. masukkan semula sotong, lada hitam dan garam.
  5. ketika menghidangkanya, tabur daun bwg dan daup sop.


Friday, 21 August 2009

Bendi Tumis Berkicap


Agak yer skrg mmg nie musim bendi sedunia kot.jengok dapo ijan ada bendi, kak hana pn sama tp mak yong2 tue msk syle asam pedas.kononyer ikut petua dr bidan hasue yg glomour tue.hik3...aper2 je laa.erm...blk keje smlm tak lunch tue yg rs cam nk kebulur.bukak peti ais nmpk ada bendi kecut balance buat asam pedas ikan pari aritue terus terlintas resepi asal dr kak dayang nie.terliur gak tgk asam pedas bendi tue tp penat blk dr keje jd malas nk renyah.msk simple je....tgk botol kicap, tgk osyter sos terus je terbayang masakan kak dayang bendi tumis kicap.simple, mudah dan sedap. nk resepi klik je kat link kak dayang yek.Menu nie je terlintas dlm kepala.nk masak gah2 pn tak saper nk makan.......time cuti xpe.

Fruit Jelly


dah2....semalam sehari suntuk mengadap monitor cbuk sgt.tp bkn cbuk wat keje tp cbuk kutip kad2 dr rakan2 blogger muhahaha....xcukup semalam smbg pulak hari nie apa da!!!!Tp hari ina nk kongsi resepi yg diambil dr Kak Yani.tgk semua org buat kita pn nk buat gak.umah kak ros pn ada.....mmg unit...ina buat 2 bj je.tue pn guna buah oren.rasa dia mcm puding ckit.lembik2 cam puding roti tp versi lain laa.tp tension gak nk buat benda sbb tak pandai nk keluarkan isi limau tue abis terkoyak kulit dia.tgk org lain buat cantik2 nape yek ina puyer lebam kulit limau tue erk???da tak comel serupa mcm muka kena simbah air panas.agak mgkn sbb ina letak jus agar2 tue panas2 kot.tue yg jd mcm tue.buat panah semangat je.da tue tuan puyer resepi ckp perah keluarkan jus yg kita p mesin (kes malas nie) da tue xperasan terblank ngan biji skali. da jd pahit ckit.pas nie kena buat lg kasi perfect.w/pn ruper yer buruk tp ttp nk tayang kat kwn2 hik3....mmg tarak malu puyer.camne nk buat????tgk kat bwh erk.da ramai cuba pn.mcm2 versi leh klik kat kak yani tue erk.

bahan:
  • 2 biji limau- large size
  • 4g serbuk agar-agar
  • 500ml air + jus limau
  • 50g gula
  • secubit garam
Cara2:
  1. Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
  2. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
  3. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  4. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)
  5. Grapefruit jelly
  6. Kalau guna oren buatlah 4 biji. Mungkin susah sikit nak keluarkan isi oren berbanding dengan limau.


Thursday, 20 August 2009

Salam Ramadhan Utk Semua

Memandangkan syaaban akan melabuhkan tirainyer dan Ramadhan akan menjelma setelah setahun pergi meninggalkan kita.Alhamdulilah sekali lg kita diberi peluang utk melakukan ibadat Puasa yg telah lama ditunggu2.Buat kwn2 semua yg sudi bertandang ke blog masakan yg serba kekurangan jutaan terima kasih tak terhingga.kehadiran kalian menceriakan dan menguatkan lg semangat tuan rumah utk mencari bahan2, cerita2 atau resepi2 menarik utk dikongsi bersama.Semperna Ramadhan ini sudi2 laa kalian semua utk menerima kad yg tak seberapa khas buat tetamu yg sudi bertandang. ooo aiseh men!!!!!puyer laa skema ayat aku.harap2 Ramadhan nie jalinan ukhuwah kita akan terjalin lebih erat lagi w/pn hanya bertegur dan bersemua di alam maya.sekian...selamat berpuasa......



silakan ambil yek!!!! jgn malu2....hik3


Kad Ucapan Semperna Ramadhan Al - Mubarak Dr Blog Kwn2

Salam buat teman2.Hari ini agak busy ckit.nk pergi jln2 kutip mana2 kad ucapan semperna menyambut Ramadhan Al - Mubarak dr kwn2 hik3.....terima kasih yek semua atas kesudian menyediakan kad comel lotel nie w/pn xprnh bersemua muka malah ada yg xpnh bertegur sape kat alam maya nie.tp aku biasa muka tembok...br sekali dua p jengah umah org da tue dok belakang pintu je...jrg2 hulur salam tp tetap maintain time kasi hadiah, kad br laa nk terhengeh hulur salam. klu teman2 lain cbuk memikirkan juadah berbuka utk tatapan peminat tp aku rasa Ramadhan nie nk rehat byk2.berbuka dgn juadah yg simple (segan nk tnjuk kat kekwn).rasayer kurang aktif kot nk menupdate blog mkn2 nie takut tak tahan.....sat gi meleleh ayak liur tgk menu kekwn.kang batal pulak pose tue.maklum laa perut tgh lapor hik3....semoga Ramadhan tahun adalah yg terbaik dr yg lepas dan ibadat kita diterima Allah s.w.t....amin!!!!!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgigEbmMA1mEAeEmhBvNpuyZ1DbZEiPJICFgXjaaTCvKQc8AZ5tHUXxgXkHsgKSXKY3yJgbjdJgkl2GoPlR2v5uYn9Ts_osLKB0zj4Sbv0W9YlMqWHtgY40dHu3g5uJOlt5LIkkZUTNURA/s400/429057738_be3ad35442.jpg

kad yg comel nie adalah pemberian dr kak Ana Wahid...selalu gak intai dapur akak tp dok belakang pintu jee..pnh juga try resepi akak.mmg tak mengecewakan,sedap2 belaka....tq kak utk kad nie!!!!

http://yani.img.jugem.jp/20090816_943413.jpg

kad dr Kak Intan...tq kak cantik kad ne.semoga jalinan ukhuwah kita berkekalan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmMZlyw-_6B6BfQygX8qSjAIf6OLFbzCDZJLEHDNu-2dTWV_v_CY13Syiwlc1AgirkL1d_YqJDdToEZClACA30PFA6G9BiIqFYYXIG8DNhIAJsUqB-Pql_KQR7XEQo4MFLCNTEf-wo7NLg/s400/Kad+Ramadhan.jpg
nie pulak dr kak nor yg terrar masak tue

[Kad-dari-Cikmin.jpg]

kad yg ckup kreatif nie dr cik min.tq kak. I like it

[RamadhanWish.jpg]

yg nie kad dr kak CTzura....

[ramdhan-HaSue+.jpg]

kad nie dr kak hasue yg glomour kat myR.resepi kak hasue semua sedap2.ada beberapa menu yg da msk lisk nk buat tp masa dok dan je!!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwFxba-HPyGx71efEuYQoUYocWmkeIE-3xVOzkGYgKVghvFea4xlzo3CJIgEhaaWH8c2ctVa1j1pHBx2fbTkclvKPSFuabCievqOPdUMznapDBejfJj-kABM7hQh4A7JiatVlSGPt4v1g/s400/ramadhan.jpg

Kad nie dr blogger masakan plg pemes skali saper lg erk????mana2 blog ada je dia...kak hana la saper lagi...mak yung Jepon yg tak reti dok diam.seorg ibu yg kreatif, rajin.erm...bela nk rs masakan org Jepong nie.TQ Kak Hana cantik laa kad tue dan yg ptg ayat pd kad tue penuh makna

http://images.damiacyan.multiply.com/image/zC5Un5JRA3+Hup-2QKL2eA/photos/1M/300x300/929/1a.jpg?et=Y1GVzmo%2BrQDVeTdRNLkCGQ&nmid=0

sejuk hati tgk kad dr kak ros, tokyo....warna hijau tue warna kesukaan nabi kita s.a.w...sama mcm tuan puyer kad.lembut, ramah......ibu kpd 2 bb yg comel.TQ kak ros...esok bagi laa lg!!!

[ramadhan+al+mubarak.jpg]
yey yey...dpt kad lagi...kad cute pulak dr kak lyana kita....thanks akak.semoga bulan Ramadhan nie dpt mengeratkan lg jalinan ukhuwah kita.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEheFZJMkWGQNqVBT8sj3xGo5xr46eXhhyZUxV5NayXCmO7DBh7aVrLqaB_xgdC2dfHGxybIlzx0v6fLno-FrCuxAio097xf3DKOGbgl7ABM26mZI00iGd9D8v_LzG_z37dSJi1ze2CM2LOm/s400/3825496393_8b8fa243ed.jpg

Kad dr Kak Ina KL yg tersgt la rajin memasak....TQ kak.


Wednesday, 19 August 2009

Roti Gulung Sosej wiff Breadcrumb

meh...meh sini.jemput makan yek.nie kira nk perabis stok breadcrumb kononyer.tp tak abis.dr thn lepas smpi skrg balance masih byk.da tak tau nk buat aper.jalan2 umah che'iza kita tue ternmpk pulak roti gulung yg dlm tue letak sosej dan salut breadcrumb.tgk dalam freezer ada sosej so aper lagi terus cancer nk makan nasi terus je jalankan xtvt gulung mengulung roti.mkan 2 gulung tue pn da kenyang.mmg sedap...budak2 pn suka apalg mak budak, kakak2, abg2....bapak2!!!ina guna resepi dr Aziemas.klik je nk situ klu nk tgk resepiyer.tq bg resepi nie yek kak.pas nie kena cr lagi mana2 resepi yg guna breadcrumb takut stok yg ada tue expired pulak.saper yg ada idea leh laa bg kat idea kat aku nie....tue masalhyer ina beli breadcrumb paket beso.jenoh nk boleh perabis.huhuhu!!!!!

Tuesday, 18 August 2009

sirap bandung cincau


jom minum....da lama nk minum air bandung.plus cincau ckit.mmg power.rasa lemak2 manis sbb ina guna susu cair + gula.gelas2 minum.klu makan nasi tak perlu makan byk2 sbb minum air nie pn da keyang.

Asam Pedas Ikan Pari


klu Che' Iza ngan asam pedas ikan pisang, ina pn ada tp guna ikan pari.da lama nk rasa ikan pari msk asam pedas.camne rasayer.bese bakar je cicah air asam.kali nie ina try guna resepi dr kak junjs11. mmg tak rugi...kebetulan masa weekend aritue pak long dr n9 dtg.byk2 lauk yg masak aritue cm yg nie dia sentuh.siap bertambah nasi dan lauk tue.ina aper lg senyum ke telinga la. mana tak bangga selama ni mmg fail klu di suruh masak asam pedas.xsangka kali nie menjd.rs masim, masam yg balance tue buat terangkat.tak bubuh belacan pn sbb ada org kat umah nie xleh makan.sat gi dok garu idung je.tgk je laa ye kwn2 sbb da abis pn.lambat nk n3.byk keje nk buat ni pn curi2 masa.

Bahan:
  • 1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera)- ina guna ikan pari
  • 4 ulas bawang merah-ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 2cm kunyit hidup-ditumbuk
  • 1 btg serai dititik
  • 3 btg daun kesum
  • 1 bunga kantan-dibelah dua
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
  • 3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
  • 1 1/2 mangkuk kecil air biasa
  • garam dan gula (ikut rasa)
  • minyak masak
  • sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan)
cara:
  1. Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
  2. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
  3. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
  4. Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan.


Sambal Ikan Bilis dan Kentang


smbg n3 smlm.pas melantak ais cream tembikai tue.perut da mula krok...krok...hlg nk diet.ingat da malas nk mkn malam tp sbb ms keje td tak sempat nk lunch.tue yg xleh tahan.nk makan sesuatu yg simple.teringat pulak resepi cik puan lina nie.mmg simple, cepat dan sedap bangat....da selalu buat.br sekarang nk share resepi yg sedap nie ngan kwn2.nk makan ngan pn ok je...ina kurang kan sukatan resepi tue sbb mkn berdua je ngan nenek.erm...nasib2 org lain makan ngan cik abg kita ngan nenek....kakakaka apa2 je la.

Bahan2:
  • 4 biji kentang
  • 1 cawan ikan bilis belah
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sudu makan cili boh (boleh dikurang/tambah)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu makan madu (option)
  • Minyak utk menggoreng & menumis
Cara2:

  1. Kentang dikupas kulit, potong bentuk wedges, goreng hingga perang dan ketepikan
  2. Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan
  3. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.Masukkan cili boh,tumis sampai pecah minyak.Kemudian masukkan pula sos tiram dan madu.
  4. Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis.Gaul sebati.Siap untuk dihidang
  5. SELAMAT MENCUBA


Monday, 17 August 2009

Ais Cream Tembikai

nie pic b4 jd ais cream...xkeras lagi da minum

Alhamdullilah tak sia2 aku blander tembikai malam Khamis tue.ada ckit balance tembikai lonjong jd teringin nk rasa camne rupa n rasa ais cream tembikai.ina ambil resepi dr Yani MyR.cedap...tmbh blk keje hari jumaat aritue hati tgh panas membara.sampai umah xsempat salin bj terus ke freezer. alamak belum beku lg ais cream....ahhhh tak kira nk mkn gak ckit.erm...hilang terus rs marah.nyaman tekak aku.tp klu tak letak chop chips pn ok gak...dpt rasa keaslian tembikai tue!!!!saper nk cuba leh laa try.nk resepi klik je kat yg da aku buat.slmt mencuba.slurpp......erm...cedap yer.oppsss da abis pn.xyah nk minta2 lg!!!hik3 jgn marah nanti kena jual....

nie biarkan semalaman lg....
hah kan br ada rupa ais cream.cedap..erm.....yummy!!!


Birthday wishes 4 Kak Ijan

Harap2 blum lambat lg wish Happy birthday 4 my frenz Kak Ijan yg jauh kat Finland nun.w/pn xprnh berjumpa, hanya semua di alam maya namun dekat dihati...(tema TV9 hiks.....)Nie lenguh badan2 nie sehari suntuk bakar cc utk Pn ijan yg comel lotel tue.harap2 sudi erk ambil cc nie.siap ada lampu klip2 tue ina letak.erm...yummy!!!!semoga Ijan and hubby sentiasa dirahmati Allah, dimurahkan rezeki....selamat lahir bb nanti....

http://i.123g.us/c/birth_friends/th/112058_th.gif

Semoga jalinan ukhwah kita berkekalan.....amin

Thursday, 13 August 2009

Kek Pisang Lembab


Kek pisang lembab nie resepi asal yer dr abg mat kita yg glamour tue.Da ramai cuba semua kata best.Kebetulan kat umah ada pisang yg monopos tue (tiru ayat kak hana).da tak larat makan kodok2...aritue blk kg ambil oven (stanby tuk buat biskut raya) jd aper lagi buat kek la.terliur tgk cc @ kek pisang lembab kak hana .comel2 belaka.ingat nk ikut style kak hana tp da lewat malam...entah bila pula nk siap.esok2 p kejo tongkat mata ngan btg mancis..huh ngeri tol bunyi yer.pastu bos dok jerling kang hik3....ina suka buat kek pisang sbb my mum suka mkn.kek lain dia xbape pandang.ina pn suka gak!!!!tp klu org lain buat lg suka.erm...masa keluar dr oven puyer la xcited tp pastu bila tgk kek aku tue rs cam terkejut beruk pulak.bantat beb!!!!bukan lembab tp kering kontang terus kakaka.....rasayer resepi tue tak salah tp sendr yg salah.sbb lenyek pisang awal2...da tue msk peti.teringat pulak nk buat kek tak leh benda sejuk.pastu kukus pula konon xnk kasi sejuk.last2 air kukus tue masuk dlm pisang dilenyek tue.(tok guru mana laa yg ajar yek!!!!)klu mak dgr bising laa dia.agak yer sbb tue kot jd bantat xmau naik kek tue.tp rs sedap xbape manis.bantat2 pn laku beb!!lain kali nk buat lg smpi perfect.nk hidang kat org pn segan hihihihi.....


Bahan-bahan:

250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus

Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2. *klu wat cc cam hana, bakar 20-25minit.
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....



Wednesday, 12 August 2009

Pau Kacang Merah

Jeng...jeng akhir yer jd gak pau aku.Da lama nk buat weekend aritue baru ada masa nk buat.tue pn sbb adk2 turun Temerloh.buat nie sbb nk suruh diorg kirim kat my mum.kulit pau ina ikut resepi dr cheff cyber kita yg glamour tue saper lagi klu bkn kak liza kita.ampun yek kak ina c&p resepi akak.da pernah buat mmg lembut tp dulu ina guna inti kari ayam.kali nie try guna inti kacang merah pulak.mmg sedap.buat byk pastue frozenkan.bila2 nk makan senang just kukus je bila lapo.kira stok utk minggu bekerja.sbb hari keje mmg vitamin M terlebih.jgn harap nk ke dapur.klu msk pn telor goreng hihihi....

sebelum kukus...baru je naik pau tue.xsabar nk makan!!!!



nie da siap kukus....tiba masa utk ngap!!!!!erk.....keyang yer.opsss hik hik lupa nk jemput makan.silakan makan semua.1 biji RM2 hahahah!!!!nk tak



bahan.
500 gm tepung pau atau tepung gandum
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/b gula
2 s/k yeart mauripan
2 s/b shorterning
250 gm air suam

Cara
1. Gaul rata semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan]
4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.
5. Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6. Bulatkan dan lmasukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging].
7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas.
8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9. Panaskan kukusan.
10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.
11. Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.
12. Siap untuk dimakan

Tuesday, 11 August 2009

gift lg!!!

yahoo...dpt gift lg.nie biasa laa member karib kasi.dia nie x pernah miss kasi aku gift.time kasik yek pn julie yek!!!!lap U....muahhh!!!!tp bab2 wat homework nie laa yg xsuka nie.ikhlas dok kasi gift nie.nk hadiah tp kena wat keje dulu.huhuhu zalim betoil cik kak nie.tp julie tak tau nk pass kat saper.tak ramai kawan dlm dunia blogging nie.maklum laa aku pn br je nk berjinak ngan dunia persahabatan alam maya nie.klu kenal pn nk kasi pn segan pulak.takut menyusahkan akak2, kwn2 semua.aper2 pn thanks Julie.ingat gak ko kat aku.




nyatakan 5 fakta menarik mengenai pemberi award ini
  1. member 1 school, 1 class
  2. bijak...antara best student masa sekolah dulu
  3. cute!!!!sbb tue hubby dia syg giler kat dier
  4. peramah.first masa sekloah dulu julie la yg plg rapat ngan aku.support aku sbb aku bdk br masa tue tak tau paper.dlm kelas majoriti chinese soo dia laa yg plg setia kwn smpi skrg.ridu awok julie!!!!bila nk blk kg nie
  5. da kawen pon...xde can laa saper2 yg nk ngorat kakak kita nie.tp jmpa xnmpk cam org da kawen pn.personality xpnh berubah ttp cam dulu.happy go lucky
setiap blogger harus menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya

  1. suka memasak utk insan tersyg....of couse blum kawen jd family jd keutamaan
  2. suka cuba resepi2 yg simple dan menarik
  3. suka makan jugak!!!!hik3......
  4. suka berkwn ngan saper aje
  5. skrg bila da terjebak ngan dunia blogging mmg da jd kemaruk pula.pg2 da terpacak depan monitor.cek2 kot ada yg sudi nk kwn ngan kite hik3!!!!, jengok2 dapur/blog kwn2 semua.
  6. suka berckp..erm peramah kaa aku nie!!!!
  7. pelupa.yg nie mmg susah nk kikis..
  8. moody.cepat naik angin/xleh penat nanti saper yg dok dekat jd mangsa tok lepas tensen
  9. klu da start keje memang susah nk stop...tp nk mulakan keje pn susah gak.ampon bos!!!!
  10. tak suka tangguh keje dan berkerja dlm keadaaan tension siot!!!

anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya,dan describe tentang mereka

1.Mamaeija - rakan sekerja dok depan aku je...tok pn ye gak.da ada anak sorang.cute sgt
2.Ijan - klu tak keberatan.tak paksa yek!!!suka msk blog ijan sbb tuan rumah suka jamu makanan yg sedap2.ijan nie dok kat perantauan Finland.xsabo nk tgk bb ijan.nk kenal tuan umah ngan lbh dekat.byk yg nk tau.jgn marah.tp klu busy xpo tp jgn tak ambil gift nie yek...thanks kongsi2 resepi!!!
3. oii....julie tak tau laa nk kasi saper.tak cukup 10 pn.
4....to all dearest bloggers frenzzzz

Nasi Ayam ALA Kampung

Klu nk ikutkan hati malas betul nk ke dapur.nk buat taik mata byk2...hik3!!!tp bila adk2 dtg minta buat kena laa layan.takut kenpunan pula.sbb aritue dia kata dia beli tp tak puas makan.jd kali nie dia nk makan byk ckit.ehhh huduh beor bunyi yer.nasi ayam nie favourite kami adik beradik.masa first time buat dulu mmg teruk..boleh hayung lam tong sampah.tp da nama pn favourite sanggup blajar smpai jd perfect n kena selera kami sekeluarga.ina buat ikut resepi sendiri tgk2 mak cik2 masak pastu try buat.now, alhamdullilah kira boleh tahan.cuma tiap kali buat mmg rasa dia sentiasa berubah.olah sana sini nk jd rasa dia sama cam kat kedai.bagi ina nasi ayam nie yg plg pntg sambal dia n ayam dia.da nama pn nasi ayam jd semua bahan dia ina guna air rebusan ayam.tak tau laa bg org lain.tp kali nie buat tang nasi mmg da ok tak mual sgt mkn berkali2 pn tak pe.sambal pn ok mmg sedap sama mcm kat kedai cm ang sop tue agak berminyak pasni kena perbaiki lagi.ayam tue ina isi serai ckit nk utk naik bau.tak pn xpe!!!bagi yg nk cuba tgk laa resepi yer ada kat bawah:

Ayam
Bahan utk dapat stok/rebusan ayam:
  • 1 ekor ayam (ina potong kecik2 sbb senang nk goreng)
  • air
  • 4 cm halia*
  • 2 ulas bawang putih*(ketuk je)
Bahan Perap
  • 5 s/b madu
  • kicap masim
  • osyter sos
  • 3 ulas bwg putih*
  • btg serai* (kisar halus)
Cara:
  1. Rebus ayam dalam periuk ngan air agak2 je brape byk nk.ina buat buat anggaran utk buat sop, sambal,nasi dan kicap.hampir 1 periuk gak.
  2. Bila ayam da masak keluarkan dan toskan
  3. perap ayam dengan bahan perap.dan biarkan satu 1 jam baru goreng.(ina goreng dekat2 nk makan sbb tue potong sebelum rebus ayam .nk makan br goreng ckit2.mkn panas2 mmg best giler.ratah pn best sbb ayam tue ada rasa manis madu, masim dr kicap dan osyter sos dan wangi dr bwg putih dan serai td)

Nasi
Bahan2 (utk 10 org) :
  • 7 1/2 pot beras (ina sukat guna pot periuk karen)
  • Air rebusan ayam (ina agak2 je lebih kurang 2 1/2 cm dr aras beras)
  • 2 ulas bwg putih*
  • 3 ulas bwg merah*
  • 1 cm halia *(dihiris halus)
  • 1 btg kulit kayu manis (yg pendek je)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 s/b marjerin
  • 2 s/b minyak (ina guna minyak matahari)
  • 1 ketul kuib pati ayam know
  • 4 helai daun pandan (simpul dua2)
  • garam
Cara2 :
  1. Panaskan periuk.masukkan marjerin dan minyak.biarkan sehingga marjerin tue cair barula di tumiskan hirisan bawang, halia, kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang.
  2. apabila da naik bau masukkan beras yg telah dibersihkan serta ditoskan ke dalam periuk tersebut.
  3. masukkan air rebusan ayam, kiub pati ayam, daun pandan dan garam.masak nasi seperti biasa.
Sambal

Bahan2 :
  • 8 biji cili merah
  • 5 biji cili api (saje tambah sbb cili cili merah tue tak pedas, tak pn xpe)
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 s/b cuka atau jus limau nipis/lemon (xjus ikut selera masing)
  • 2c air rebusan ayam
  • gula & garam secukupnya
Cara:
  1. masuk semua bahan dalam blender dan kisar sampai halus
  2. ina masak jap atas dapur sbb takut budak2 tak tahan makan sambal mentah.leh tambah air rebusan klu tak sambal tue pekat.ina masak jap je...agak2 sambal da masak n pekat.xmasak pn xpe
Sambal Kicap
bahan2:
  • Kicap masim
  • Kicap pekat
  • 2c air rebusan ayam
  • garam
  • 2 ulas bwg putih *diketuk (xnk xpe)

Cara2:
masuk smua bahan dalam periuk.kicap tue ikut kepekatan yg dikehendaki.rasa, klu x masim leh tmbh garam ckit.klu nk sambal kicap pekat leh tmbh sesudu tpg jagung yg dibancuh ngan sedikit air.ina tak isi sbb adik2 tak suka.ina jg jap atas dapur. xnk pn xpe

Sop
Bahan2:
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 ulas bwg merah*(hiris halus)
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • tulang2 ayam
  • daun sop
  • bawang goreng
  • Air rebusan ayam
  • 1 ketul kuib pati ayam
Cara2:
Tumis hirisan bawang, kulit kayu manis, bunga lawang...(ina guna rempah sop serbuk jd xisi pn bunga lawang dan kulit kayu manis).bila da naik bau (klu yg rempah serbuk ina biar sampai rempah tue pecah minyak) masukkan ayam, air rebusan ayam, kuib pati, garam & aji.bila sop da masak tabur bwg goreng dan daun sop


Ulaman:
Salad
Timun
Tomato
bwg goreng
daun sop





Monday, 10 August 2009

Air Tembikai Laici


jeng jeng.....nie laa hasil yer.Air tembikai laici yg siap tok diminum...sila2 kan minum...campuran laici ngan tembikai nie adalah idea dr kak ros, tokyo tue!!!tgk pulak ijan aritue buat air yg sama mmg tekak nie da tak tahan.tue yg nampak tembikai aritue terus rembat.lonjong pn lonjong laa..janji sedap!!!xisi gula pn ttp manis.ina minum bergelas2 xde pantang2!!!!


Bahan2 (2 gelas jus)
  • Beberapa Potong Tembikai
  • 1 gelas air laici dalam tin
  • 8 biji buah laici
  • beberapa ketul air batu
Cara2:
  1. Potong dadu tembikai dan buangkan bijinya, kemudian blender bersama air laici tadi.
  2. Tuang jus didalam gelas dan campurkan buah laici dan beberapa ketul air batu. Siap untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Cok Bantal Wiff Sambal Bilis


nie jee yang sempat disediakan utk breakfast semlm. tgk kak hana, kak umi buat teringin pulak nk makan.bahan2 yer pn mudah dan da ada kat.cm tunggu time rajin je.kebetulan weekend adik2 turun Temerloh.Ina mmg suka tgk adk2 makan.diorang nie pengkritik utama.respond yg di terima pn kata ok!!!!sedap cuma terlebih isi gula pulak.....nie kes ikut tekak sendiri sib baik ada sambal bilis leh kaber. ina buat tak bape kembang sbb da tak lapo...adunan belum naik lg da gelek potong terus goreng.klu tunggu dia naik rasayer lebih lembut lagi kot!!tp dr segi rasa mmg best.adik2 pn suka gak.maybe pasnie blk kg mesti diorg request lg.ina pn xsempat nk akan byk2 dan rasa lam 4 ketul je...resepi ada kat bwh.ina ambil kat my resepi dr MomMa Mia.

Bahan2:
  • 3 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 sudu teh yis
  • 3 sudu teh garam
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar butter / margerin (suhu bilik)
  • 1 biji telur
  • ¼ cawan air ( tambah@kurangkan bergantung doh)
  • Bahan - Bahan Sambal Bilis
  • 150 - 200 gm ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)
  • 1 labu bawang besar dimayang
  • 6 ulas bwg merah (Ditumbuk /blend)
  • 3 ulas bawang putih (Ditumbuk /blend)
  • 4-5 sudu cili boh
  • 1/2 inci belacan (Ditumbuk /blend)
  • ¼ cawan air asam jawa (lebihkan kalau suke masam)
  • Garam dan Gula secukupnya
Cara2:
  1. Untuk CokBantal: Campurkan semua bahan-bahan kecuali air dan kacau. Masukkan air sikit-sikit sambil uli doh.Uli sampai sebati dan licin.Tutup mangkuk doh dan perap selama 30 minit. Canai setebal 1 cm dan potong ikut pattern yang anda suka.(kite potong bentuk bantal peluk =P) Goreng dalam minyak deepfry yang telah dipanaskan sampai warna keemasan..nampak garing..SIAP!
  2. Untuk Sambal Bilis : Tumiskan bahan blend hingga garing sikit.Masukkan cili boh dan goreng hingga naik minyak.Tambahkan air asam, gula dan garam.Masukkan ikan bilis dan bawang besar dan goreng hingga masak. Happy trying! =)
  3. *Suggestion : Masak sambal bilis dulu supaya boleh nikmati cok bantal panas-panas.

Saturday, 8 August 2009

Daging Black Pepper


Mak oiii...berasap abis bibir nie makan daging black peper resepi kak nor lunch td. kemarin jalan2 umah kak hana tengok cam best je kak hana masak daging blackpepper with asparagus..kat malaysia mana nk cari asparagus yek kak hana.nk gak rasa gi mana rupa n rasa asparagus nie.tp xpe laaa. tak isi asparagus tue pn maintain sedap.tq kak nor.tak bape yakin mula yer nk masak camnie.takut xjadi.tp alhamdullilah....licin.ampun adik2 atau tetamu yg tak udang tue klu dok dan nk makang.masak ckup2 je.saper suruh mai tak kabor erk!!!!bagi yg ingin mencuba leh laa tgk resepi yer ada kat bawah.gambar ina up load kemudian yek!!!minta maaf sgt2

Bahan - Bahan:

  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
  • minyak utk menggoreng

Cara - cara:

  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

Honey prawn


pestime masak udang guna madu.da sebulan KIV resepi nie. teruja tgk kawan2, kakak2 semua da buat.respont semua kata bagus.br petang semalam berjaya juga aku buat.betul kata kak dayang rasayer sedap tak terluah ngan kata2.Blk keje hari Khamis tue singgah tani jap.tgk udang semua segar2, cantik2, besau2...dalam kepala da terbanyang...udang madu...udang madu tp aku enggak suka dimadukan hik3!!!!cuma laen kali kena kurangkan ckit madu yer sbb terlebih manis.ina guna madu ledah original tue yg agak yer manis sgt kot.udang tue makan gitu pn sedap.ingat klu wat lontong nanti nk guna resepi nie laa.letak lebih ckit cili api biar ada rasa pedas, manis madu, masim...huhuhu...terangkat abis nie...orait resepi kat nie yek!!!! resepi asal kat dr my resepi kak dayang yg rajin memasak tue.pic lambat ckit up load....busy!!!!

Bahan - Bahan:
  • 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
  • 2-3 biji cili api (diketuk)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
Cara - Cara:
  1. Kisar bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
  3. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
  4. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.
  5. ****boleh tambah sos tiram atau garam jika suka (terpulang pd citarasa sendiri)

Friday, 7 August 2009

Lala masak pedas


Nie je yg mampu aku masak blk keje semalam....larat woo ngan perut yg meragam.teringin nk makan lala.nk pula masa p beli nie testing dulu.rupayer masih hidup lagi so aper lagi angkut laa.Nie da kali 2 makan lala.mula2 dulu try mkn lala masak lemak cili api tp kali nie terjumpa pulak resepi lala masak pedas.teruja pula nk cuba.soo picture di atas tue laa hasil yer.resepi dicedok dr batdeaz.sedap sgt cuma aku tmbh kicap ckit nk kasi hitam kononyer.tp klu tak isi lg sedap kot!!!i just c&p je yek...halal yek tuan puyer resepi.malas betul nk taip.

Bahan2:
  • 500gm lala
  • 5 ulas bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato (di potong 4)
  • 2 batang serai
  • 1 biji bawang besar (di potong 4)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1/2 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 sudu besar sos cili & sos tomato
  • Garam dan gula
  • 3 sudu besar minyak masak
  • * optional: Tambah cili api untuk yang suka lebih pedas
Cara2:
  1. Lala di rendam seketika untuk mengeluarkan pasir yang masih ada. Basuh dan bilas dengan air bersih dan toskan.
  2. Tumbuk lumat bawang kecil dan bawang putih
  3. Panaskan minyak atas api sederhana. Tumiskan bawang yang di tumbuk tadi.
  4. Masukkan cili giling dan biarkan seketika agar cili masak.
  5. Masukkan tomato dan bawang besar yang telah di potong 4.
  6. Ketuk serai dan potong kecil. Masukkan ke dalam tumisan.
  7. Masukkan sos cili, sos tomato dan pes asam jawa. Kalau agak kering boleh masukkan sedikit air.
  8. Perasakan dengan garam dan gula ikut kesukaan masing-masing.
  9. Masukkan lala dan tutup periuk seketika (dalam 3 hingga 5 minit)
  10. Lepas 3 hingga 5 minit, buka tutup periuk dan gaul rata lala. Bagi yang suka berkuah, boleh tambah air kalau lauk nih kering sangat. Dan bagi yang suka extra pedas, boleh masukkan cili api yang telah di racik.
  11. Siap! Sedap di makan dengan nasi putih.

Petola Masak Tumis Air


Nie menu lunch weekend lepas.lama sgt terperap xde masa nk mengen3....sesuai utk org berdiet msk tak pakai minyak pn just lebor semua bhn lam periuk.rebus cam bese.ina klu petola mmg suka masak camne.cepat, mudah, dan yg ptng sedap...leh hirup gitu je sayurnya.plg suka tang suhon tue...syrup!!!!cam makan bihun sop...ratah pn sodap!!!bau pn wangi semerbak sbb letak daun kunyit.Bg yg berminat leh laa cuba.resepi ada kat bawah:

Bahan :

  • 2 btg Petola (ina pakai saiz yg sdg je)
  • 35g suhon*
  • 35g pucuk* (direndam dulu dlm 10 minit)
  • Beberapa ekor ikan bilis
  • 7 bj cili api
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*(dihiris halus/mayang)
  • 2 helai daun kunyit (siat2)
  • garam,ajinomoto
  • 3 1/2c air
Cara - cara:

masukkan semua bahan dalam 1 periuk kecuali garam dan aji.biarkan sehingga mendidih br letak bahan perasa seperti garam dan ajinomoto.masak sehingga petola itu, pucuk lembut dan masak.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin